Pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres dilihat perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kematian apabila berlaku kemalangan.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata perkara berkenaan perlu kajian terperinci dalam usaha menambah baik sistem keselamatan bas ekspres.
"Saya mengalu-alukan cadangan-cadangan sedemikian kerana pemasangan tali pinggang keledar di setiap bas ekspres antara langkah terbaik mengurangkan risiko kemalangan jiwa.
"Oleh itu, saya akan bincangkan perkara ini kepada komuniti JPJ kerana cadangan pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres boleh menambah baik sistem keselamatan bas ekspres," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai analisis berita oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang semalam berhubung kejadian kemalangan bas yang memerlukan langkah-langkah pencegahan seperti melarang bas ekspres melakukan perjalanan semasa "waktu mengantuk" dan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang.
Nadzri berkata walaupun kerajaan belum mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang, namun pihak pengusaha bas boleh mengambil inisiatif menyediakan kemudahan itu.
Dalam kejadian terbaru membabitkan kemalangan bas semalam, 14 maut manakala 16 cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di Km137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor.
Ditanya perlunya larangan bas ekspres melakukan perjalanan semasa "waktu mengantuk", Nadzri berkata perkata itu pernah dibincangkan namun tidak dapat dilaksanakan atas permintaan industri dan pengguna.
"Bagaimanapun, kami akan mengkaji perkara ini semula kerana larangan bas ekspres bergerak pada waktu malam juga antara langkah yang mampu mengurangkan risiko kemalangan," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016

NADZRI: Saya akan bincangkan perkara ini kepada komuniti JPJ kerana cadangan pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres boleh menambah baik sistem keselamatan bas ekspres. -Gambar fail
ASEAN 2025 | 3 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
2. Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
3. Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus
1. Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
2. Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
3. Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.

Pemasangan tali pinggang keledar pada bas ekspres perlu dilaksanakan - JPJ
Datuk Seri Nadzri Siron berkata perkara berkenaan perlu kajian terperinci dalam usaha menambah baik sistem keselamatan bas ekspres.