KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Muhammad Zaman Goh Abdullah @ Raymond Goh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, sekitar 5.30 petang pada Selasa.
Terdahulu jenazah Allahyarham dimandi dan dikapankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, dan seterusnya disempurnakan solat jenazah di masjid itu.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, ramai dalam kalangan mereka yang berkecimpung dalam dunia penyiaran dan media tanah air hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
“Beliau seorang yang sangat menghormati sesama insan, dan mempunyai karektor atau keperibadian yang cukup mesra dengan orang di sekeliling. Cukup banyak pengalaman beliau yang saya kira amat-amat berharga,” kata bekas pembaca berita kanan TV3, Kelvin Ong Abdullah.
Wartawan penyiaran Media Prima Berhad, Ridhuan Hussain pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang begitu sinonim dengan TV3, namun cukup merendah diri.
“Kebiasaannya kalau kita terserempak dengan dia, dia yang akan ‘spark the conversation’ dengan kita, tanpa mengira kita baru menyertai MPB atau sudah lama. Itu sesuatu yang cukup membuat saya kagum dengan public figure ini,” katanya lagi.
Sementara itu, pembaca berita Buletin Utama dan Nightline, Azaria Tagaya turut senada, dan menyifatkan Allahyarham tiada galang-gantinya.
“Sudah pasti pemergian Allahyarham bukan sahaja akan dirindui keluarga media, tetapi juga akan sentiasa dikenang oleh mereka yang mendengar suara emas dan melihat wajah tenangnya di kaca televisyen,” katanya lagi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor sekitar pukul 10.40 pagi Selasa.
Sebelum itu, Allahyarham dilaporkan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Firdaus Azil
Tue Sep 12 2023
Jenazah Allahyarham Muhammad Zaman Goh Abdullah @ Raymond Goh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, sekitar 5.30 petang pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembaca berita TV3 bersuara emas Raymond Goh selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Zaman Goh Abdullah @ Raymond Goh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, sekitar 5.30 petang pada Selasa.
Dunia penyiaran akan merindui pembaca berita TV3 Raymond Goh - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh yang meninggal dunia pada pagi Selasa.
Raymond Goh masih hidup, henti sebar berita palsu - Keluarga
Keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh menegaskan laporan dan khabar angin yang tersebar mendakwa selebriti itu sudah meninggal dunia adalah palsu sepenuhnya.
Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.