JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor digesa meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan rang undang-undang (RUU) antilompat parti dapat dilaksana diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
Ketua Pembangkang, Liew Chin Tong berkata, bagi menjayakan enakmen larangan lompat parti di peringkat negeri, satu sidang DUN perlu diadakan segera bagi menyokong isu berkenaan.
"Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan di Parlimen pada hari Khamis yang lalu hanya terpakai untuk Ahli Parlimen sahaja. Untuk menguatkuasakan larangan lompat parti di peringkat DUN, undang-undang tubuh negeri masing-masing perlu dipinda.
"Oleh itu, saya menyeru agar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, memberi komitmen penuh untuk memanggil wakil rakyat bagi sidang DUN diadakan supaya Undang-undang Tubuh Negeri dapat dipinda untuk pelaksanaan larangan lompat parti.
"Blok pembangkang sedia menyokong cadangan enakmen pindaan undang-undang tubuh negeri oleh Kerajaan Negeri yang selaras dengan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Dewan Rakyat," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Terdahulu pada Sabtu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap lima kerajaan negeri dikuasai UMNO iaitu Melaka, Johor, Perlis, Pahang dan Perak dapat meminda perlembagaan negeri masing-masing.
Ia bagi membolehkan mereka melaksanakan peraturan berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti.
Seterusnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata empat negeri iaitu Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan telah menyatakan hasrat untuk meminda secepat mungkin undang-undang tubuh negeri masing-masing.
Muhammad Aiman Hakeem
Sun Jul 31 2022

Liew Chin Tong berkata, bagi menjayakan enakmen larangan lompat parti di peringkat negeri, satu sidang DUN perlu diadakan segera. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RUU Antilompat Parti: PH setuju rujuk pindaan Perlembagaan ke Jawatankuasa Pilihan Khas
Pindaan Perlembagaan dan RUU Antilompat Parti yang dipersetujui kedua-dua pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum penghujung bulan Mei 2022.

RUU Antilompat Parti: Pejuang tidak tolak namun perlu kajian mendalam - Tun Mahathir
Kata Tun Mahathir, hasil kajian berkenaan amat diperlukan semua pihak agar dapat mengelakkan pelbagai pertikaian kelak sekiranya RUU itu diluluskan.