PUTRAJAYA: Pembangunan di Sabah dan Sarawak harus dipergiat untuk merapatkan jurang serta mengurangkan ketidaksamaan sosioekonomi khususnya dalam kalangan Bumiputera di kedua-dua negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Susulan itu, beliau berkata input dan dapatan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang bakal berlangsung pada 29 Feb ini adalah penting dalam merangka serta membangunkan hala tuju komprehensif penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
"Dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12, tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan potensi ekonomi wilayah, mempercepat pembangunan bandar mampan dan mempergiat pembangunan luar bandar.
"Penekanan akan diberi kepada mengoptimumkan peluang daripada kerjasama subserantau serta mempergiat pembangunan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada Bernama sempena KEB 2024 yang dijadual berlangsung dari 29 Feb hingga 2 Mac ini.
Ahmad Zahid berkata usaha itu berupaya mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah dan negeri selain menggalakkan pertumbuhan yang lebih saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata selain itu, kerajaan akan mempercepat pelaksanaan inisiatif pertumbuhan hijau termasuk di Sabah dan Sarawak dalam memacu pembangunan sosioekonomi serta kelestarian alam sekitar.
"Pelaksanaan inisiatif ini akan menyokong aspirasi Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat dalam meningkatkan kemampanan masyarakat serta mewujudkan pembangunan bandar dan luar bandar yang lebih seimbang.
"Tindakan segera diperlukan bagi mencapai matlamat pendekatan baharu dalam agenda Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif merentasi kedudukan geografi," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata justeru, keutamaan perlu diberikan kepada pelaksanaan tindakan segera untuk memastikan nasib Bumiputera Sabah dan Sarawak terus dilindungi serta martabat mereka dipertingkat.
Menyentuh pencapaian semasa di kedua-dua negeri, beliau berkata antaranya dari segi transformasi pembangunan luar bandar melibatkan liputan akses kepada elektrik telah mencapai 99 peratus pada 2022.
Ahmad Zahid juga berkata ketika ini, ramai Bumiputera berada di negeri yang mempunyai pertumbuhan ekonomi rendah, berpendapatan isi rumah kasar rendah dan kadar kemiskinan tinggi.
"Sejak tahun 1970, pendapatan isi rumah kasar penengah Bumiputera kekal lebih rendah berbanding kaum Cina dan India manakala jurang pendapatan juga semakin melebar.
"Pada tahun 2022, pendapatan isi rumah kasar penengah Bumiputera ialah RM5,793 berbanding Cina iaitu RM8,167 dan India (RM6,627)," katanya.
Sebanyak 10 kumpulan meliputi 10 sektor akan diwujud dalam KEB 2024 termasuk kumpulan sosioekonomi Bumiputera Sabah dan Sosioekonomi Bumiputera Sarawak.
Kongres tiga hari itu, yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, menyasarkan penyertaan 3,000 orang termasuk wakil Dewan Perniagaan Melayu, Kadazan, Dusun, Iban dan Dayak serta wakil masyarakat Orang Asli.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Ahmad Zahid berkata usaha itu berupaya mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah dan negeri selain menggalakkan pertumbuhan yang lebih saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. - Gambar fail/Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Slim Memilih: Suram 60 tahun, impian Orang Asli Sungai Teras akhirnya termakbul
Berbeza dengan kehadiran kru Astro AWANI ke kampung itu baru-baru ini, kali ini riak wajah penduduk Orang Asli kelihatan lebih ceria.

Tiada pelajar MARA terjejas akibat pencemaran di Pasir Gudang
Semua institusi pendidikan MARA termasuk taska, tabika, MRSM, Giat Mara dan UniKL telah ditutup sejak dua hari lepas sebagai langkah berjaga-jaga.

Menjelang Setahun Malaysia Baharu: Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023
Pencapaian luar bandar adalah tumpuan kerajaan dalam memastikan pembangunan ekonomi negara dapat dinikmati secara inklusif oleh segenap lapisan rakyat.