KUALA LUMPUR: Idea menukarkan budaya politik sedia ada menjadi satu jihad transformatif besar-besaran bagi melahirkan generasi pemimpin baharu Muslim yang bertaqwa, berintegriti dan berkompetensi merupakan satu langkah yang baik.
Namun usaha ke arah paradigma yang dinamakan kepimpinan teokratik itu disifatkan lebih terarah kepada pembentukan pemimpin beragama Islam sahaja.
Justeru, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Fauzi Fadzil berpendapat, pembangunan pemimpin belia seumpama itu sukar dilaksanakan kerana tiadanya elemen universal yang boleh disambut oleh bangsa dan penganut agama lain juga.
"Idea itu satu perkara yang baik dan kita di MBM menyokongnya tetapi dalam perkara ini, pembangunan belia secara umum mengikut paradigma itu sukar dibuat kerana ia menjurus kepada penganut agama Islam sahaja sedangkan di Malaysia, kita ada pemimpin belia dari pelbagai latar belakang.
"Kerana itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden MBM sebelum ini, kita lebih menekankan prinsip Rukun Negara. Kita tidaklah menafikan idea tersebut tetapi idea Rukun Negara lebih umum dan sesuai dengan Malaysia.
"Banyak idea yang dibawa oleh gerakan-gerakan di Malaysia, contohnya ABIM, membawa idea 'fiqh muatanah' yang berkaitan dengan kewarganegaraan dan ia satu idea yang sangat baik, tetapi tidak dapat sambutan masyarakat sivil di negara ini kerana ia menggunakan istilah yang berbunyi agak keislaman.
"Tetapi apabila ABIM jenamakan semula idea ini kepada 'Bangsa Malaysia', kita dapat lihat banyak badan-badan NGO kembali bekerjasama dengan ABIM dan MBM untuk bawa idea ini.
"Jadi saya melihat kalau kita mahu melahirkan generasi pemimpin baharu yang lebih baik, kita perlu bawa idea yang bersifat umum dan universal serta boleh diterima oleh semua, namun dalam masa yang sama, nilai Islam itu boleh diterapkan dengan penggunaan istilah yang lebih umum," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Profesor Emeritus UIAM, Prof Tan Sri Mohd Kamal Hassan yang berkata usaha melahirkan generasi baharu pemimpin dalam paradigma kepimpinan teokratik diselenggarakan secara kolektif dan kolaboratif antara pelbagai badan.
Fauzi juga melihat pembangunan pemimpin muda perlu berteraskan fokus mengembalikan kepercayaan rakyat, yang pastinya memerlukan komitmen terhadap pembersihan daripada rasuah.
"Antara yang kami di MBM gerakkan secara aktif ialah Rasuah Buster, kita beri tumpuan nak bersih masyarakat daripada unsur rasuah.
"Betul, nak lahirkan bangsa yang baik dan bertamadun, banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian juga tetapi buat masa ini fokus utama ialah rasuah.
"Ini selari dengan apa yang diusulkan oleh Prof Kamal iaitu kita nak lahirkan pemimpin yang bersih rasuah," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Fri Dec 10 2021
![Pembangunan pemimpin generasi baharu perlu berteraskan Rukun Negara, pembersihan rasuah - MBM Pembangunan pemimpin generasi baharu perlu berteraskan Rukun Negara, pembersihan rasuah - MBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639119973_TBFAUZIFADZIL.jpg)
Fauzi Fadzil berpendapat, pembangunan pemimpin belia seumpama itu sukar dilaksanakan kerana tiadanya elemen universal yang boleh disambut oleh bangsa dan penganut agama lain juga. - Foto MBM
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
![Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737887063_tbSekolahPatriotik.jpg)
Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan
![Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728696503_SaifuddinNasution.jpg)
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
![UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722072019_TengkuZafrulAziz.jpg)
UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.
![Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680664517_TBtvet.jpg)
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
![Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715434650_WanAzizah.jpg)
Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat
Kehadiran hampir 10,000 pengunjung memeriahkan acara Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul sejak pagi tadi.
![Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714386349_MohamadHasan.jpg)
Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia
Perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.
![Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714137416_tbAnwarIbrahim.jpg)
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
![Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711380251_TBTMJ.jpg)
Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
![Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708444084_AnwarIbrahim.jpg)
Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh sebagaimana pegawai-pegawai dari negara penjajah suatu masa dahulu.
![Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707310758_HajijiNoor.jpg)
Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.