KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua kementerian termasuk agensi berkaitan agar memberikan perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan serta pelaksanaan projek di Sarawak secara berkesan.
Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, beliau berkata projek terbabit, khususnya pembangunan perkhidmatan kesihatan dan sekolah daif, merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat terutama warga Sarawak di luar bandar yang bakal mendapat manfaat dalam jangka panjang.
Perdana Menteri membangkitkan perkara itu ketika mempengerusikan Taklimat Pembangunan Sarawak dalam lawatan singkat beliau ke Bumi Kenyalang hari ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata perbincangan lebih sejam itu turut menyentuh pelbagai isu, cabaran, perancangan dan keperluan bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan serta sekolah daif di Sarawak.
"Antaranya mengenai kekurangan nisbah perkhidmatan kepakaran perubatan kepada penduduk berbanding purata nasional, kekurangan institusi perubatan khas bagi rawatan kanser, wanita dan kanak-kanak, rehabilitasi, perubatan respiratori, pusat darah dan kepakaran pergigian.
"Malah lima daerah di Sarawak masih tidak mempunyai hospital walaupun penduduk melebihi 30,000 orang serta terdapat pecahan yang signifikan bilangan sekolah yang tiada peruntukan pembangunan," katanya sambil menambah beliau juga bersetuju agar Kementerian Kesihatan mempercepat proses pembinaan Pusat Kanser Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua kementerian termasuk agensi berkaitan agar memberikan perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan serta pelaksanaan projek di Sarawak secara berkesan. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.

MIH Megatrends 2024: Kerjasama MCMC dengan syarikat telekomunikasi galakkan pendigitalan sektor kesihatan
Keterlibatan syarikat telekomunikasi dalam memperkasakan transformasi penjagaan kesihatan negara perlu ditambah baik.

KPJ Healthcare perkenal identiti jenama baharu
Ismail berkata KPJ Healthcare berjaya berkembang menjadi rangkaian hospital terbesar di Malaysia yang mengendalikan 29 hospital ketika ini.

Pembangunan perkhidmatan kesihatan, sekolah daif di Sarawak perlu diberi perhatian khusus - PM
Ia bagi memastikan kelancaran perancangan serta pelaksanaan projek di Sarawak secara berkesan.

70 peratus hospital di Gaza lumpuh
WHO menggesa tindakan segera untuk memulihkan sistem kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat kempen pengeboman rejim Zionis.

Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

AITF 2023: Ekosistem perdagangan, pelaburan kondusif pemangkin pertumbuhan sektor kesihatan
Perkhidmatan kesihatan merupakan pasaran terbesar di ASEAN dan perlu dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Kerajaan sentiasa hargai, sokong jururawat di negara ini - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan harap semua jururawat terus berusaha dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Titikberatkan kualiti perkhidmatan, kemudahan dan kebersihan hospital kerajaan - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya kerajaan persekutuan menitikberatkan kualiti perkhidmatan perubatan, kemudahan dan kebersihan hospital kerajaan di negeri itu.