KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Beliau berpandangan pembangunan sukan secara peringkat dalaman dilihat lebih mustahak dalam memastikan Malaysia tidak ketandusan atlet-atlet berbakat pada masa akan datang.
Menurutnya masalah ketidakcukupan penyertaan atlet sehingga sesuatu acara dibatalkan ketika penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA), adalah perkara yang perlu diberi perhatian serius.
"Apa yang penting ketika ini, kita perlu memastikan pembangunan atlet dapat dilakukan dengan lebih agresif dan lebih seimbang di antara negeri.
"Ini supaya kesinambungan dalam aspek penghasilan atlet yang akan meningkatkan persekitaran kompetitif tempatan dalam menghasilkan bakat-bakat baharu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata masalah kekurangan atlet di peringkat SUKMA merupakan perkara serius yang memerlukan pendekatan bersepadu pemegang taruh di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta kerajaan negeri .
"Sepatutnya setiap negeri telah pun mempunyai Sekolah Sukan Negeri yang setaraf dengan Sekolah Sukan Malaysia. Badan-badan sukan negeri yang lemah akan merencatkan pembangunan atlet di peringkat akar umbi ini.
"Sebaiknya, lebih banyak peruntukan disediakan dalam membantu pembangunan sukan yang bersepadu di setiap peringkat umur sehingga mereka mampu mewakili negara nanti," katanya.
Semalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan mengumumkan Malaysia menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, selepas mesyuarat Jemaah Menteri meneliti semua aspek penganjuran dan implikasinya.
Menurut kenyataan KBS, impak ekonomi daripada penganjuran temasya sukan itu, tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat, selain Kerajaan MADANI mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat buat masa ini.
Sebelum ini, MOM mengesahkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan bersama pelaburan kewangan menjangkau GBP100 juta (RM603 juta), bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Ahmad Shapawi berpandangan pembangunan sukan secara peringkat dalaman dilihat lebih mustahak dalam memastikan Malaysia tidak ketandusan atlet-atlet berbakat pada masa akan datang. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.

Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.

Para SUKMA: Sarawak sasar 83 pingat emas - Abang Johari
Abang Johari yakin atlet para mampu pamer prestasi baik setelah menjalani latihan di luar negara sebelum menghadapi Para SUKMA ke-21 kali ini.

Sarawak sedia bantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sukan - Abang Johari
Sarawak bersedia membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sukan negara, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Agong sempurnakan sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Darul Makmur
Seri Paduka pada titah Diraja menzahirkan rasa bangga kerana ramai anak Pahang dapat menjadi jaguh sukan.

KBS luluskan RM100,000 dana KWASN untuk CHARM
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) untuk Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM).

IPTA, IPTS perlu optimum ilmu, pakar dan teknologi bantu kecemerlangan sukan
IPTA dan IPTS perlu mengoptimumkan penggunaan ilmu, pendidikan, pakar serta teknologi terkini dalam membantu ekosistem kecemerlangan sukan.