BERA: Seorang pembantu jualan di salah sebuah kedai serbaneka di Triang Sentral maut dalam satu kemalangan di Kilometer 28 Jalan Temerloh-Bahau, sekitar jam 10.30 malam tadi.
Mangsa, Nur Atikah Jaafar, 25 tahun, beralamat di Kampung Durian Tawar, dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menaiki motosikal Demak Matrix Sport sedang dalam perjalanan dari Bandar Triang.
Setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah Toyota Hilux dari arah bertentangan yang memasuki simpang secara tiba-tiba.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke tengah jalan, sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Setakat ini, kenderaan yang melanggar mangsa masih belum dikenal pasti.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
Azee Shafy
Thu Nov 10 2022

Dalam kejadian di Km28 Jalan Temerloh-Bahau sekitar jam 10.30 malam tadi, seorang wanita maut susulan pelanggaran dengan sebuah Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan dan memasuki simpang secara tiba-tiba. - Foto ihsan pembaca
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Bekas pembantu jualan mengaku tidak bersalah 65 pertuduhan pecah amanah
Seorang bekas pembantu jualan di sebuah kedai pajak gadai mengaku tidak bersalah atas 65 pertuduhan melakukan pecah amanah.

Pembantu jualan maut kemalangan di Jalan Temerloh-Bahau
Nur Atikah yang beralamat di Kampung Durian Tawar, dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya.

Pembantu jualan dipenjara 6 tahun, 6 sebatan lakukan amang seksual
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas tertuduh mengaku salah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, dua tahun lepas.