LUMUT: Seorang pembantu kebun sayur dipenjara 18 bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Seri Manjung, Khamis lepas.
Muhamad Faizzuan Zulkifli, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.
Mahkamah memerintahkan Muhamad Faizzuan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 20 Mei lepas dan dia turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Faizzuan didakwa menculik kanak-kanak perempuan itu daripada penjagaan ibunya di hadapan sebuah premis di Seri Manjung pada 11.30 pagi, 20 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
BACA: Kanak-kanak perempuan lalui detik cemas kereta ibu dilarikan penagih dadah
Mengikut fakta kes, pengadu iaitu ibu kanak-kanak itu berada dalam premis terbabit kira-kira 15 minit sebelum menghantar pesanan di aplikasi WhatsApp kepada anaknya yang berada di dalam kereta tetapi tidak berjawab.
Wanita berumur 37 tahun itu yang keluar dari premis berkenaan mendapati keretanya tiada di kawasan parkir dan melihat kereta tersebut dipandu tertuduh tidak jauh dari situ.
Wanita berkenaan cuba menghalang namun tertuduh memecut laju kenderaan tersebut.
Pekerja premis berkenaan segera menghubungi polis dan tertuduh kemudian kembali ke parkir premis tersebut sebelum ditangkap oleh orang ramai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam Khoo Kok Tong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Tertuduh didakwa menculik kanak-kanak perempuan itu daripada penjagaan ibunya di hadapan sebuah premis di Seri Manjung pada 20 Mei lepas. - Gambar/ Sinar Harian

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Pembantu kebun sayur dipenjara, denda RM3,000 culik kanak-kanak
Seorang pembantu kebun sayur dipenjara 18 bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.