PASIR PUTEH: Seorang pembantu kedai runcit ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas pada Isnin.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku semasa anggota polis sedang melaksanakan tugas di bawah Op Pematuhan di Bandar Pasir Puteh di sini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, dalam kejadian tersebut lelaki berusia 27 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda ditahan kerana melakukan tiga kesalahan iaitu mengabaikan isyarat lalu lintas, lesen tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
Menurutnya, anggota bertugas kemudiannya mengeluarkan saman di atas kesalahan yang dilakukan suspek.
"Namun demikian, suspek tidak berpuas hati dengan tindakan saman oleh anggota bertugas dan telah mengeluarkan kata-kata "mudah polis cari pitih air" kepada anggota bertugas.
"Anggota bertugas menerangkan kepada suspek akibat daripada kata-kata kesat yang dikeluarkannya tetapi tidak diendah malah mengatakan perkataan "bodo", katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Zaizul Rizal berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh bersama motosikalnya untuk siasatan lanjut bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Beliau berkata, hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan satu kertas siasatan lain telah dibuka serta disiasat bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Zaizul Rizal berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang cuba menghalang penjawat awam melakukan tugas.
"Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang cuba mencabar pihak polis. Orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama kepada pihak polis yang menjalankan tugas," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 19 2022

Kejadian jam 8 pagi itu berlaku semasa anggota polis sedang melaksanakan tugas di bawah Op Pematuhan di Bandar Pasir Puteh. -Gambar fail/PDRM

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pembantu kedai ditahan keluarkan kata-kata kesat kepada polis
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku semasa anggota polis sedang melaksanakan tugas di bawah Op Pematuhan di Bandar Pasir Puteh di sini.

Polis terpaksa lepaskan tembakan ketika gagalkan cubaan edar dadah - Mazlan Lazim
Polis menerima maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah dan bertindak menahan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.