Mangsa, Farhana Kreiya Salleh Rom, 29, maut ditempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Next sedang dalam perjalanan dari Jalan Guar Jentik, Beseri ke Tasik Melati.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, mengsa kemudian memberhentikan motosikalnya di simpang untuk membelok ke kanan memasuki ke Tasik Melati.
“Tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berada dari laluan sama melanggar motosikal mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa tercampak lalu memasuki ke laluan bertentangan.
“Mangsa yang berada di atas jalan kemudian digilis sebuah van jenis Ford Spectron yang datang dari arah Mata Ayer menghala ke Beseri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sarih berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
