JOHOR BAHRU: Seorang pembantu pegawai perubatan maut selepas ambulans yang dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam di sini, malam tadi.
Ketika kejadian ambulans tersebut sedang dalam perjalanan membawa tiga pesakit dari Machap, terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBKL) di Kluang.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali berkata mangsa Aidil Hamidun, 27, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu ambulans Othman Ghafan, 50, cedera parah.
Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.14 malam tadi sebelum mengerakkan seramai 15 anggota dan dua jentera ke lokasi kejadian.
Katanya seorang pesakit wanita yang tidak dikenal pasti identitinya cedera parah, dua pesakit lain pula cedera ringan manakala pemandu lori treler berkenaan Mohd Rosli Mohd Zain, 35, tidak mengalami kecederaan.
"Sebaik Pasukan Keluaran Operasi tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran kecil di bahagian hadapan ambulans dan orang awam telah membantu memadamkan kebakaran itu...dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada ambulans oleh pihak bomba," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Abd Rahim berkata mangsa yang cedera parah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke HEBHK dengan menaiki ambulans, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Punca kemalangan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng dalam satu kenyataan berasingan berkata ambulans berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan selepas melanggar tayar kiri belakang lori treler terbabit, yang ketika itu sedang membelok ke kanan untuk memasuki sebuah bengkel.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021

Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.14 malam tadi sebelum mengerakkan seramai 15 anggota dan dua jentera ke lokasi kejadian.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Frontliner' cedera parah, langgar tembok batu pembahagi jalan
Mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan.