BUTTERWORTH:Seorang pembantu pegawai tadbir Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 52 pertuduhan menerima bayaran suapan berjumlah RM135,445.90 dari 2013 hingga 2017.
Tertuduh, Zurina Abdul Hamid, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan apabila mengemukakan dokumen DO/Invois daripada TZP Ventures bagi Borang Pesanan Rasmi untuk pembayaran pembekalan barangan keperluan pejabat dan peralatan sukan.
Tertuduh yang mempunyai kepentingan dengan syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Sukan dan Rekreasi USM bagi tempoh 31 Dis 2013 hingga 15 Dis 2017.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang tinggi jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Azlan Basri manakala tertuduh diwakili peguam S. Meharaj.
Terdahulu, Azlan menawarkan jaminan RM73,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Meharaj merayu agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh mempunyai masalah kesihatan dan suami tertuduh hanya bekerja sebagai kerani bank untuk menanggung empat orang anak.
Meharaj berkata tertuduh juga berdepan kemungkinan digantung kerja kerana kes ini sedang dalam siasatan jawatankuasa tatatertib USM.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.
Hakim Ahmad Azhari kemudian menetapkan 4 November sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020

Zurina melindungi muka dari dirakam gambar semasa hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini, atas 52 pertuduhan menerima bayaran suapan berjumlah RM135,445.90 dari 2013 hingga 2017. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembantu Pegawai Tadbir USM didakwa terima suapan lebih RM130,000
Tertuduh, Zurina Abdul Hamid, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.