Seorang pembantu tabika melecur di bahagian kepala dalam satu kebakaran di Taman Bimbingan Kanak-kanak Kemas, di Pengkalan Rinting, Tampoi, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ibrahim Omar berkata dua jentera dan 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.04 petang.
"Kami tiba di lokasi 10 minit kemudian namun kebakaran pada bahagian dapur itu telah dipadam oleh penduduk di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Fatin Farhana Abdullah, 44, cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya.
"Ketika kejadian dipercayai tiga orang berada di dalam premis berkenaan," katanya.
Ibrahim berkata mangsa kemudiannya dibawa oleh orang ramai ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menerima rawatan.
Menurutnya, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya. -Gambar hiasan

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.

Kereta remuk, pemandu terlanggar dapur gas di LPT1
Kedua-dua pemandu selamat bagaimanapun kereta jenis Toyota Vios dan Honda Civic yang terlibat mengalami kerosakan.

Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - ST
ST turut menasihatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya.

Selangor catat purata 5 kes kebakaran rumah sehari sepanjang Ramadan - Bomba
Kebanyakan kes kebakaran di rumah berlaku kerana penghuninya terlupa untuk menutup api dapur gas selepas memasak.

Pembantu tabika melecur di kepala akibat dapur gas meletup
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Fatin Farhana Abdullah, 44, cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya.