SEREMBAN: Seorang pembantu tadbir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 22 pertuduhan menerima rasuah sebagai upah menawarkan kerja pembaikan kenderaan jabatan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson antara tahun 2018 hingga 2020.
Tertuduh, Norashikin Mohamed Hussin, 37, yang hadir ke mahkamah dengan memakai niqab bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu sebagai pembantu tadbir (perkeranian operasi) Gred N19 yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson, didakwa menerima suapan daripada seorang lelaki yang keseluruhan berjumlah RM18,363.
Ia didakwa sebagai upah kepada tertuduh kerana menawarkan kerja pembaikan kenderaan jabatan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson di dalam sistem e-Perolehan ( Pelawaan Tawaran Harga ) kepada syarikat yang diurus lelaki berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 4 Disember 2018 hingga 8 Julai 2020 di daerah Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1).
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Tertuduh turut didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana bersetuju menerima wang sebanyak RM300 tanpa balasan daripada lelaki sama, tertuduh tahu lelaki terbabit merupakan pemilik syarikat yang terlibat dalam kerja pembaikan kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson.
Selain itu tertuduh didakwa atas pertuduhan mengesahkan dokumen yang mempunyai butiran palsu iaitu dokumen pembekalan pembaikan turbo Charger Unit Vektor NBS 564 Nissan Frontier berjumlah RM 2,900 sedangkan kerja tersebut langsung tidak dibuat.
Kesalahan itu dilakukan pada 31 Januari 2020 hingga 3 Februari 2020 di Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 24 2023

Norashikin diiring pegawai SPRM di mahkamah. - Foto Sinar Harian

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.

Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.

Terima rasuah RM10,000: Dua penjawat awam ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.

Penjawat awam ditahan rasuah lulus ujian memandu
SPRM Perak menahan seorang lelaki selepas disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah berjumlah RM750 daripada seorang calon ujian memandu.

Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka.

Pembantu penguasa kastam dituduh 90 kali terima rasuah
Seorang pembantu penguasa kastam berhadapan 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 daripada sebuah syarikat pengangkutan kargo.

Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.

Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari
Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.

Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.

Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.