KUALA SELANGOR: Seorang pembantu tadbir sebuah Pejabat Tanah dan Daerah di negeri ini direman empat hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM16,000 bagi kelulusan pecah bahagian tanah, dua tahun lalu.
Tempoh reman terhadap wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dekat sini pagi ini.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah yang mahu memohon kelulusan pecah bahagian tanah.
"Siasatan awal mendapati wanita itu meminta dan menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya pada 2022," katanya hari ini.
Sumber memberitahu, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.
Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi.
Suspek diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jeanne Francis.
Siti Hajar membenarkan reman terhadap wanita itu sehingga Sabtu ini selepas SPRM membuat permohonan terbabit.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 07 2024

Tempoh reman terhadap wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi ini. - Foto SPRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembantu tadbir didakwa kemuka borang bayaran palsu
Seorang penjawat awam mengaku didakwa atas pertuduhan mengemukakan borang palsu berhubung bayaran perkhidmatan juru runding.

Pembantu tadbir tak mengaku kemuka dokumen palsu
Seorang pembantu tadbir berhadapan dua pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bernilai RM22,058.60 pada tahun 2022 dan tahun lalu.

Pembantu tadbir pejabat tanah didakwa palsu dokumen, menipu
Seorang pembantu tadbir pejabat daerah dan tanah sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memalsukan dokumen dan memperdaya bagi pengurusan tanah.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pembantu tadbir direman empat hari disyaki terima rasuah RM16,000
Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah yang mahu memohon kelulusan pecah bahagian tanah.

Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu
Seorang pembantu tadbir kewangan di Markas Tentera Laut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu.

SPRM tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu kira-kira RM160,000
Wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, semasa hadir memberikan keterangan di SPRM Kedah.

Pembantu tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois
Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dal

Pembantu tadbir didakwa 22 pertuduhan terima rasuah
Sultan Johor menitahkan agar Kerajaan Persekutuan memperhalusi semula tindakan dalam menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pembantu tadbir didakwa pecah amanah lebih RM41,000 wang khairat kematian
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Felda Panching Timur Kuantan antara Februari 2018 hingga Jun 2019.