Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Menurut sumber, suspek disyaki mengemukakan 23 resit palsu bagi tuntutan penginapan hotel atas nama empat individu sedangkan kesemua penama berkenaan tidak pernah menginal di hotel terbabit.
"Resit palsu ini menggunakan nama beberapa hotel beroperasi di negeri ini.
"Suspek juga dipercayai menggunakan aplikasi dalam talian bagi menghasilkan resit palsu yang terlibat dalam tuntutan tersebut," menurut sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu esok.
-- BERNAMA