KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir kewangan di Markas Tentera Laut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu berhubung permohonan perkhidmatan sajian bagi dua program di Kementerian Pertahanan Malaysia.
Hakim Rozina Ayob turut memerintahkan Norshuhada Ismail, 35, menjalani hukuman penjara 30 hari, jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozina berkata sebagai ibu, tertuduh sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anaknya.
Norshuhada didakwa sebagai ejen kepada Kementerian Pertahanan Malaysia telah bersubahat dengan seorang pengurus syarikat menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Kertas Kerja Permohonan Perkhidmatan Sajian bagi Kursus Bijak Urus Wang dan Bengkel Memperkasakan Modal Insan pada Mac 2022 berjumlah RM15,776 untuk memperdayakan kementerian itu.
Kesalahan itu dilakukan di pejabat Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia di sini antara Februari hingga Mac 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afiqah Ab Razak memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira kes ini membabitkan penjawat awam.
"Tertuduh merupakan pembantu tadbir kewangan yang menguruskan perolehan. Ini profesion mulia yang tidak seharusnya dicemari unsur jenayah.
"Penggunaan dokumen palsu adalah sikap tamak tertuduh. Selain itu, pendakwaan juga tidak membantah sekiranya hukuman denda diberikan kepada tertuduh dalam jumlah RM20,000 hingga RM25,000," katanya.
Norshuhada yang tidak diwakili peguam merayu agar tidak dipenjarakan sebaliknya didenda antara RM20,000 hingga RM25,000 atas alasan dia menanggung keluarga dan mempunyai tiga anak yang masih kecil.
"Ini merupakan kesalahan pertama saya. Saya insaf dan menyesal serta berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama. Dengan hukuman ini, saya akan dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja dari Kementerian Pertahanan yang saya telah bertugas lebih 10 tahun.
"Saya juga akan kehilangan sumber pendapatan dan tempat tinggal memandangkan saya tinggal di kuarters kakitangan awam," kata wanita itu dalam nada sebak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Hakim Rozina Ayob turut memerintahkan Norshuhada Ismail, 35, menjalani hukuman penjara 30 hari, jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembantu tadbir didakwa kemuka borang bayaran palsu
Seorang penjawat awam mengaku didakwa atas pertuduhan mengemukakan borang palsu berhubung bayaran perkhidmatan juru runding.

Pembantu tadbir tak mengaku kemuka dokumen palsu
Seorang pembantu tadbir berhadapan dua pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bernilai RM22,058.60 pada tahun 2022 dan tahun lalu.

Pembantu tadbir pejabat tanah didakwa palsu dokumen, menipu
Seorang pembantu tadbir pejabat daerah dan tanah sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memalsukan dokumen dan memperdaya bagi pengurusan tanah.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pembantu tadbir direman empat hari disyaki terima rasuah RM16,000
Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah yang mahu memohon kelulusan pecah bahagian tanah.

Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu
Seorang pembantu tadbir kewangan di Markas Tentera Laut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu.

SPRM tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu kira-kira RM160,000
Wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, semasa hadir memberikan keterangan di SPRM Kedah.

Pembantu tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois
Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dal

Pembantu tadbir didakwa 22 pertuduhan terima rasuah
Sultan Johor menitahkan agar Kerajaan Persekutuan memperhalusi semula tindakan dalam menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pembantu tadbir didakwa pecah amanah lebih RM41,000 wang khairat kematian
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Felda Panching Timur Kuantan antara Februari 2018 hingga Jun 2019.