GEORGE TOWN: Seorang pembantu tukang masak hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sini, atas pertuduhan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis di satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, 3 April lepas.
Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri, 27, pembantu tukang masak di Hospital Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Luqman Hakim didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada Lans Koperal S. K. Acharaa, di susur keluar lorong motosikal di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu pada 1.05 pagi, 3 April lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid tidak menawarkan jaminan kepada Muhammad Luqman Hakim, memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Beliau turut memohon Mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa, memandangkan mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital tempat tertuduh bekerja.
Namun, Mazdi membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah turut membenarkan syarat tambahan supaya tertuduh atau sesiapa sekalipun yang dikaitkan dengan tertuduh dalam apa-apa cara sekalipun, daripada mengganggu mangsa kes tersebut.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh melantik peguam dan menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula.
Dalam kejadian pada 3 April lalu, Lans Koperal Acharaa, 32, dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas dirempuh sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z, yang dipandu seorang lelaki ketika sedang bertugas di sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid. - Gambar hiasan
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Pembantu tukang masak dituduh cuba bunuh polis
Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.