Tindakan kerajaan membatalkan projek Bus Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur-Klang bukan dilakukan secara terburu-buru, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.
Sebaliknya, beliau berkata keputusan pembatalan projek itu berlandaskan pertimbangan keberkesanan jajaran perkhidmatan.
Jelasnya, analisis mendapati jajaran perkhidmatan BRT itu bertindih dengan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang meliputi laluan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang melalui Glenmarie, Shah Alam dan Bandar Klang.
"Sehubungan itu, dakwaan BRT KL-Klang ada masalah atau mengaitkan projek ini dengan cadangan projek MRT3 sebagai punca pembatalan adalah tidak berasas.
"Pembatalan BRT KL-Klang bukan bermaksud ia tidak memberi manfaat, sebaliknya kita mendapati projek LRT3 akan menjana impak lebih besar kepada rakyat," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ong Kian Meng (DAP-Serdang) yang meminta kerajaan menyatakan mengapakah projek BRT KL-Klang dibatalkan walaupun anggaran kos hanya RM1 bilion hingga RM2 bilion, jauh lebih murah berbanding projek LRT Line 3 berharga RM40 bilion hingga RM50 bilion yang kini dipercepatkan pelaksanaannya.
Nancy berkata, antara tiga pertimbangan kerajaan untuk mengutamakan projek LRT3, berbanding BRT KL-Klang adalah bagi meningkatkan jajaran perkhidmatan rel bandar.
Selain itu, katanya, LRT3 meliputi 50 peratus daripada jajaran BRT, iaitu dari sektor Klang ke Subang, manakala baki 50 peratus jajaran BRT seperti dicadangkan kini mempunyai perkhidmatan rel bandar seperti LRT Laluan Kelana Jaya dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter.
Malah, pembinaan LRT3 berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunan sama ada perumahan atau komersial di kawasan barat Lembah Klang.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 28 2017

NANCY berkata, projek LRT3 akan menjana impak lebih besar kepada rakyat. - Gambar hiasan

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Luaskan perkhidmatan BRT, atasi kesesakan trafik - Pakar
Peluasan perkhidmatan BRT, meliputi kawasan berjauhan dengan pengangkutan rel dengan tambang munasabah, perlu dimaksimumkan menjelang 2025.

Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

Diskaun 20 peratus tambang BRT berakhir hari ini
Diskaun 20 peratus untuk tambang perkhidmatan Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT) yang diperkenalkan pada 2018 berakhir hari ini.

Di ambang 2020: Tidak mahu memandu ke ibu kota? Rapid KL lanjut tempoh operasi
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan tersebut.

Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar
Syarat utama yang harus ada adalah tahap ketersediaan, keselamatan dan piawaian yang tinggi perlu dipenuhi.

Usah dipandang sepi kelebihan Bus Rapid Transit
Apabila sistem BRT dilaksanakan, maka wujud kemunculan bas-bas yang baharu.

Tambang BRT laluan Sunway diturunkan 20 peratus mulai 1 Dis
Insentif pengurangan tambang itu diharap dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT.

Ambang tahun baru, Prasarana lanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2 pagi
Sempena sambutan Tahun Baharu 2018 pada Ahad malam, waktu operasi perkhidmatan LRT, Monorel, MRT, BRT dan bas Rapid KL di beberapa stesen terpilih

Pembatalan BRT ambil kira keberkesanan jajaran perkhidmatan - Nancy
Tindakan kerajaan membatalkan projek Bus Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur-Klang bukan dilakukan secara terburu-buru sebaliknya, keputusan pembatalan projek itu berlandaskan pertimbangan keberkesanan.

Kerajaan akan biayai RM1 bilion kos pembangunan BRT Johor
Kerajaan pusat akan membiayai RM1 billion kos pembangunan Bas Rapid Transit (BRT) daripada jumlah keseluruhan kos yang dijangka menelan belanja RM2.6 billion.