KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menjangkakan pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura susulan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura jauh lebih rendah daripada S$270 juta.
Katanya, Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung, sebelum ini telah memaklumkan Parlimen republik itu bahawa S$270 juta tersebut mengandungi beberapa kompenen termasuk kos konsultan dan tenaga.
"Beliau juga menyatakan pampasan itu tidak termasuk kos tanah dan kita difahamkan kerajaan Singapura telah membeli beberapa bidang tanah untuk melaksanakan projek ini.
"Oleh itu, kita yakin kos pampasannya adalah jauh lebih rendah daripada S$270 juta... apa pun perkara ini belum muktamad dan akan dibincangkan dalam sedikit masa lagi," katanya ketika ditemu bual dalam Agenda AWANI - "Penjelasan Pembatalan Projek HSR KL-Singapura".
Pada 1 Januari lepas, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan HSR sejauh 350 kilometer setelah gagal mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.
Perjanjian Dua Hala yang ditandatangani dengan Singapura pada 13 Disember 2016 menekankan hasrat untuk menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih rapat antara dua negara.
HSR dicadangkan pada 2010 sebagai antara inisiatif Program Transformasi Ekonomi dan kemudiannya ditangguhkan pada Mei 2018 selepas pilihan raya umum ke-14 berikutan kajian semula terhadap beberapa komitmen pelaburan utama kerajaan.
Mustapa dalam catatan Facebook beliau pagi tadi berkata jumlah pampasan bagi pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura tidak boleh didedahkan kerana ia terletak di bawah Perjanjian Dua Hala dan kedua-dua negara terikat dengan klausa kerahsiaan.
Bernama melaporkan, semasa penjelasan dalam siaran secara langsung itu, beliau memberi jaminan kerajaan akan memaklumkan kepada rakyat mengenai jumlah pampasan sebaik sahaja ia dimuktamadkan.
Selain itu, menurut Mustapa, kerajaan bakal mendapat penjimatan sebanyak 30 peratus jika tidak menggunakan khidmat Asset Company (AssetCo).
"Kerajaan Malaysia memberi jaminan supaya sejumlah wang disediakan sebagai gerenti kepada syarikat AssetCo untuk tempoh 30 tahun dengan jumlah jaminan adalah RM60 bilion iaitu kira-kita RM2 bilion setahun.
"Dengan modal AssetCo ini, jaminan bermakna kalau bayaran kepada AssetCo tidak sampai 60 bilion maka kerajaan Malaysia perlu bayar syarikat ini, itu yang dimaksudkan jaminan.
"(Bermakna) Kerajaan perlu buat jaminan untuk tempoh 60 tahun, bayar AssetCo RM60 billion dan sekiranya angka tidak sampai RM60 bilion maka kerajaan perlu menggunakan wang lain daripada hasil lain-lain untuk menampung kekurangan tersebut, ini juga merupakan penjimatan.
"Diambil kira semua sekali iaitu reka bentuk, stesen dan lain-lain dengan kaedah kita tidak ada AssetCo ini, kesemua sekali anggaran pengurangan kos adalah 30 peratus, satu angka yang amat besar dalam mana-mana keadaan sekalipun,"katanya.
Malaysia masih berminat untuk meneruskan projek kereta api laju yang dilihat mampu memberikan limpahan manfaat kepada ekonomi negara, namun situasi ekonomi pada masa ini yang terkesan akibat COVID-19 memaksa model pelaksanaan itu dikaji semula.
"Ada kajian yang dibuat iaitu dalam tempoh 50 tahun faedah ekonominya ialah kira-kira RM300 bilion kepada negara. Kita tahu faedahnya cukup besar, itu sebabnya kita masih lagi minat melaksanakan projek ini.
"Cumanya model atau cara dan kaedah itu kita rasa dalam keadaan COVID-19 ini, adakah sesuai, (itu sebabnya) kita lihat semula, itu asasnya," katanya.
Agensi
Mon Jan 04 2021

Mustapa berkata, kerajaan bakal mendapat penjimatan sebanyak 30 peratus jika tidak menggunakan khidmat Asset Company (AssetCo).
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.

Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.

Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.

Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.

HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.

HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.

Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.