Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan COVID-19 mampu mengawal isu pembaziran makanan yang berlaku setiap kali bulan Ramadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya umat Islam memasak sendiri juadah berbuka puasa di rumah.
"Tiada bazar Ramadan, jadi apa yang dibeli dan dimasak nampak terkawal. Justeru, pembaziran boleh diminimumkan.
"Kalau boleh kita hendak sifar pembaziran tetapi sekurang-kurangnya usaha ke arah itu cukup menarik dan nampak berhasil," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini pada Isnin.
Ditanya kemungkinan penduduk di zon hijau mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk keluar membeli juadah berbuka puasa, Zulkifli berkata mereka sepatutnya mengambil iktibar situasi pandemik tidak terkawal di sesetengah negara lain disebabkan sikap tidak ambil peduli masyarakat.
"Kita masih bertarung untuk memutuskan rantaian COVID-19, kalau kita boleh teruskan, alangkah baiknya.
"Banyak lagi cara (beli juadah berbuka puasa), contohnya menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah. Itu jauh lebih baik dan kita duduk di rumah," katanya.
Menyentuh mengenai Tabung Musa'adah COVID-19 JAKIM, Zulkifli berkata setakat ini, sebanyak RM1.6 juta daripada keseluruhan RM3.7 juta kutipan tabung itu telah digunakan bagi membantu golongan memerlukan.
JAKIM hari ini menerima sumbangan 3,000 keping penutup hidung dan mulut, 400 botol cecair pembasmi kuman dan 500 kotak Susu Kolostrum IgCo bernilai RM111,000 daripada syarikat Success Network International (SNI) Sdn Bhd.
JAKIM turut menyerahkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Hospital Putrajaya yang merupakan sumbangan seorang usahawan Palestin di Malaysia, Abdul Faragh Abdul Shahfi. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020

Ketiadaan bazar Ramadan mengurangkan isu pembaziran makanan yang dihadapi setiap kali Ramadan. Gambar hiasan/ Bernama.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.

Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.

Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.