PADANG BESAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah di peringkat akhir untuk memuktamadkan kontraktor yang mengendalikan pemerolehan kamera badan (body cam) untuk agensi penguatkuasaan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggunaan kamera badan bagi anggota dan petugas di bawah KDN adalah penting dalam meningkatkan pelbagai aspek penugasan.
Menurut Saifuddin, sebelum ini, KDN sudah memperuntukkan RM30 juta untuk pemerolehan kamera badan selain sudah mengeluarkan iklan bagi mencari kontraktor.
“Penggunaan kamera badan ini mampu meningkatkan integriti perkhidmatan malah menjadi sumber bukti kepada anggota polis dan petugas agensi keselamatan lain.
“Penggunaannya juga dapat mengawal manipulasi, meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap setiap penugasan anggota ini dan agensi penguat kuasa itu sendiri berasa lebih yakin dalam melaksanakan tugas secara profesional… jadi banyak faedahnya,” kata beliau kepada pemberita, di sini, hari ini.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan penambahan 2,100 unit kamera badan kepada KDN.
Terdahulu, Saifuddin meninjau status pembinaan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar, pada Sabtu.
Katanya, bagi penyelesaian jangka masa pendek satu laluan berpagar dibina dari tempat turun jejantas hingga ke luar kawasan ICQs yang membolehkan pergerakan orang ramai dengan tidak menjejaskan perkhidmatan dan keselamatan di kompleks itu.
Manakala bagi penyelesaian jangka masa panjang pula menerusi pembinaan jejantas baharu bernilai RM3 juta bagi menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar dengan laluan menghala ke Arked Niaga Padang Besar.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Feb 25 2023

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) menyapa pegawai-pegawai imigresen Thailand ketika melakukan tinjauan di Kompleks ICQs Padang Besar, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.

Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.

Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.

Penggunaan kamera badan beri impak positif, kes salah guna kuasa turun - JKDM
Penggunaan kamera badan (BWC) dalam kalangan anggota dan pegawai Kastam menyaksikan kes tatakelakuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa menurun.

KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.

Penguat kuasa MBPP guna kamera badan tingkat ketelusan, keselamatan
Inisiatif itu sebahagian daripada langkah MBPP untuk tingkatkan profesionalisme dan membina kepercayaan orang ramai terhadap pegawai mereka.

Kamera badan jadi 'fear factor,' tingkat integriti dan penguatkuasaan anggota, pegawai JKDM
Sejak mula digunakan pada Oktober 2023, berdasarkan rekod, aduan melibatkan salah laku anggota dan pegawai JKDM di lapangan menurun.

Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP - Maritim Malaysia
Anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bertugas di lapangan akan memakai kamera badan bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Mindwave Consultancy bekal 7,648 kamera badan PDRM, kontrak RM30 juta tingkat imej
Kamera badan menjadi aset terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkemaskan tugas pasukan itu termasuk semasa cegah jenayah apabila digunakan mulai Oktober ini.

Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.