KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan mendakwa 40 pertuduhan menerima suapan membabitkan Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas menunjukkan wujud pendakwaan terpilih dan tiada kes prima facie.
Peguam utama bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata mahkamah dan undang-undang di negara ini tidak boleh membiarkan pendakwaan terpilih yang sememangnya bersifat diskriminasi.
"Ia adalah versi pendakwaan bahawa tertuduh menerima wang itu semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri sekali gus mewujudkan hubungan antara wang terbabit dengan pelanjutan kontrak VLN.
"Ia juga versi pendakwaan bahawa tertuduh menerima sumbangan politik tanpa sebarang ikatan," katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid.
Hisyam berkata pendakwaan juga gagal bertindak secara adil sehingga menyebabkan hak Ahmad Zahid di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dicabuli.
"Ringkasnya, tertuduh tidak mendapat satu perbicaraan yang adil susulan kegagalan pendakwaan untuk berlaku adil dan penerimaan sumbangan politik tidak menyalahi undang-undang," katanya.
Peguam itu berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman, Sharil Sufian Hamdan, Tan Sri Chan Kong Choy dan Tan Sri Ong Ka Chuan turut menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) secara langsung atau melalui proksi.
Beliau turut mempersoal tindakan pendakwaan yang tidak memanggil individu terbabit sebagai saksi atau menawarkan mereka kepada pembelaan.
"Mengapa kesemua ahli politik ini tidak didakwa? Mengapa pendakwa raya hanya mendakwa tertuduh sedangkan semuanya adalah dalam keadaan yang serupa iaitu menerima sumbangan politik?
"Mengapa pendakwa raya tidak berlaku adil dan mematuhi Perkara 8 sedangkan peruntukan perlembagaan itu mewakili undang-undang tertinggi negara? Mengapa pendakwa raya tidak menghargai pelbagai kes undang-undang, tempatan mahupun luar negara, berhubung kesaksamaan di sisi undang-undang?" katanya.
Hisyam juga berhujah bahawa tiga saksi utama iaitu bekas Pengarah Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun serta dua bekas Pengarah UKSB iaitu Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, yang juga saksi pendakwaan ke-15 hingga ke-17, adalah tidak boleh dipercayai, tidak jujur dan sifar kredibiliti.
"Gabungan keterangan ketiga-tiga saksi menyatakan bahawa wang turut dibayar kepada kesemua ahli politik ini. Kesemua ahli politik telah menafikan menerima wang daripada UKSB dan terdapat percanggahan keterangan yang jelas susulan penafian awam itu.
"Mengenai isu sumber dana, bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan ialah ia bukan daripada UKSB. Antara geng bertiga itu (Harry Lee, David Tan dan Wan Quoris Shah), terdapat juga percanggahan atau perkara tertinggal yang material," katanya.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Pendakwaan akan memulakan hujahan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa pada Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

Pembelaan berkata, pendakwaan gagal bertindak secara adil sehingga menyebabkan hak Ahmad Zahid di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dicabuli. - Gambar/ Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.