KOTA KINABALU: Kepelbagaian latar belakang dengan gabungan wajah pemimpin lama dan baharu dalam Kabinet Persekutuan mampu membawa perubahan serta reformasi demi masa depan negara yang lebih baik.
Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah, Mazlan Joehari Manan berkata, ia termasuk pelantikan dua Ahli Parlimen dari Sabah, iaitu Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) dan juga Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi.
"Aspirasi perjuangan mereka sebelum ini sudah tentu mampu membawa perubahan yang ingin direalisasikan dalam kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun jumlah kecil wakil negeri Sabah dalam Kabinet Kerajaan sedikit mengecewakan.
"Semoga akan ada lantikan dan tanggungjawab yang lebih signifikan kepada wakil-wakil Sabah dalam kerajaan dan GLC kemudiannya nanti yang mampu membawa bersama aspirasi rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Sambil merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas barisan kabinet itu, Mazlan berkata, anak muda Sabah dan rakyat secara keseluruhannya akan melihat perubahan yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru serta kemampuan mereka dalam membentuk dasar-dasar kerajaan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat sesuai dengan perubahan zaman.
"Kami anak muda dan rakyat negeri Sabah memohon agar lebih banyak perubahan yang mampu di bawa dan dilakukan kerajaan persekutuan kepada hak dan kepentingan rakyat negeri Sabah.
"Peluang telah dihidangkan dan amanah harus dipertanggungjawabkan, kami sentiasa berharap agar kerajaan baru ini mampu membawa perubahan kepada negara ke era baru demi Malaysia yang lebih baik," tegasnya.
Selain itu, Mazlan menambah, penyenaraian Pengerusi Barisan Nasional Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah tentu bukan seperti yang diharapkan oleh rakyat kebanyakan, tetapi deretan senarai nama baharu menjawat jawatan menteri diharapkan mampu membawa perubahan dan reformasi yang dilaungkan sebelum ini.
Mirlen Axtius
Sat Dec 03 2022
Mazlan berkata, anak muda Sabah dan rakyat secara keseluruhannya akan melihat perubahan yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru.
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Setiap penjawat awam ada khidmat, jasa dalam bawa perubahan negara
Anwar turut mengingatkan setiap penjawat awam mempunyai khidmat dan jasa masing-masing sekali gus memainkan peranan tersendiri.
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.
Banding, teliti kekuatan negara pesaing untuk laksana perubahan
Apakah jaminan untuk Malaysia terus kompetitif di peringkat global khusus sekali dalam sektor industri dan perdagangan?
Perubahan geopolitik dan geoekonomi dunia bakal berlaku
Buat pertama kali dunia melihat Iran dan Arab Saudi duduk bersama dalam satu persidangan antara mazhab-mazhab agama Islam.
Malaysia akan kena tempias setiap perubahan di Antartika - Pakar
Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu.
Mengapa ada yang tidak setuju dengan wajah baharu LinkedIn?
Walaupun ada yang menyambut baik perubahan baharu rangkaian profesional popular itu namun ada juga yang tidak berpuas hati.
Pembentukan Kabinet: Gabungan pemimpin lama dan baharu mampu bawa perubahan
Kepelbagaian latar belakang dengan gabungan wajah pemimpin lama dan baharu dalam Kabinet Persekutuan mampu membawa perubahan serta reformasi demi masa depan negara yang lebih baik.
Subjek tentang rasuah perlu lebih diketengahkan di sekolah - Arus Anak Muda
Pendedahan awal tentang rasuah dan politik perlu supaya kesedaran tentang tanggungjawab dan amanah itu dapat dibudayakan dalam diri.
Budaya 'asal siap' perlu diubah
Setiap kerja harus dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sepenuh hati supaya ia benar-benar dapat memberi manfaat.