KUALA LUMPUR: Pemberian kuasa autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam untuk menjalankan proses pengambilan pelajar dicadang disertakan bersama garis panduan supaya tiada calon yang layak tercicir dan dipinggirkan.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, cadangan mewujudkan garis panduan itu agar pemilihan pelajar adalah seimbang dan memastikan pelajar daripada kelompok B40 dan M40 mendapat tempat sewajarnya untuk meneruskan pengajian.
"Di samping itu, pelaksanaan pengambilan pelajar disaran mengikut tempoh sewajarnya dan tiada kompromi tentang disiplin atau pun salah laku, sebagai contoh gejala buli," katanya kepada Bernama, pada Isnin.
Pada Ahad, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan pemberian kuasa autonomi berkenaan berkuat kuasa serta-merta antara lain bagi membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi tanpa perlu menunggu tawaran daripada KPM seperti tahun sebelumnya.
Mohamad Ali juga berpendapat sebaiknya satu Jawatankuasa Pemilihan Pelajar dipengerusikan pengetua serta anggota-anggota lain khususnya wakil PIBG dan AlmaMater diwujudkan bagi membantu proses pemilihan pelajar.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menyifatkan pemberian autonomi itu sebagai langkah baik dan mampu mempercepatkan proses peralihan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Menurutnya, keputusan berkenaan juga akan memberi satu impak positif kerana pihak pentadbiran sekolah akan lebih bermotivasi dan bertanggungjawab untuk mendapatkan bilangan pelajar yang lebih ramai.
"Kita akan lihat pengetua-pengetua sekolah tingkatan enam ini bersama pentadbiran sekolah pastinya akan secara lebih agresif melakukan promosi dan memberi penjelasan kepada lepasan SPM yang berminat ke tingkatan enam," katanya.
Anuar turut mencadangkan supaya pemilihan pelajar tingkatan enam dipelbagaikan dan seimbang mengikut aliran yang ditawarkan.
"Kita mengharapkan kolej prauniversiti bukan sahaja aliran sains dan sastera sahaja tetapi diperkembangkan kepada aliran-aliran yang lain yang sesuai dengan kecenderungan dan kebolehan serta kelayakan pelajar lepasan SPM ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Mohamad Ali berkata, cadangan mewujudkan garis panduan itu agar pemilihan pelajar adalah seimbang dan memastikan pelajar daripada kelompok B40 dan M40 mendapat tempat sewajarnya untuk meneruskan pengajian. - Foto fail/Sinar Harian

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Letupan bom di Sungai Golok: Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan murid
KPM sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan murid terutamanya mereka yang melintas sempadan setiap hari.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan keperluan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR susulan melihat sayap itu lesu.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.