Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan kerana ia memberi banyak kebaikan kepada golongan sasar serta membantu pertumbuhan ekonomi setempat.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau kecewa dengan tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pemberian BR1M adalah rasuah kepada rakyat.
"Itu pandangan beliau, kita rasa amat kecewa kerana sebagai bekas pemimpin utama negara, takkan tak boleh bezakan antara rasuah dan pemberian.
"Penerima BR1M ini tidak akan berbelanja di luar negara, sebaliknya mereka hanya berbelanja di kawasan setempat dan merancakkan lagi perniagaan untuk pekedai kecil di sekitar bandar atau pekan.
"Secara tidak langsung BR1M berjaya membantu pertumbuhan ekonomi setempat," katanya kepada pemberita selepas meraikan dua pesilat negara di sini pada Rabu.
Ahmad Razif berkata jika ditanya kepada rakyat yang menerima bantuan itu, sudah tentu mereka tidak menganggapnya sebagai rasuah kerana BR1M hanya bertujuan meringankan beban kewangan rakyat yang berpendapatan rendah.
"Kalau ikut pada tafsiran beliau (Mahathir) apa yang kita beri semuanya rasuah. Ini satu perkara yang tidak betul. Sebenarnya ini adalah cara terbaik yang telah dilaksanakan kerajaan.
"Jadi saya tidak tahulah kalau Tun Mahathir rasa iri hati sebab pada zaman beliau tidak dapat buat kerana pada zamannya dahulu, ia dilakukan melalui pemberian projek.
"Negara mengalami krisis ekonomi pada 1999 dan apa yang dilaksanakan ketika itu ialah Tun Mahathir memberi projek kepada kontraktor untuk membina sekolah, pagar sekolah, menaikkan nilai projek daripada RM100,000 ke RM200,000 untuk kontraktor kelas G1.
"Itu dilaksana pada zaman Tun Mahathir. Ini bermakna itu juga rasuah kalau ditafsirkan hari ini...rasuah kepada kontraktor.
"Tetapi apa yang dibuat oleh Tun Mahathir masa itu adalah sama dengan apa yang dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini. Sama saja kerana pada ketika itu diberikan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik, seperti pemberian BR1M, " katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016

AHMAD RAZIF: Itu pandangan beliau, kita rasa amat kecewa kerana sebagai bekas pemimpin utama negara, takkan tak boleh bezakan antara rasuah dan pemberian. -Gambar fail
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.

Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.

Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.

MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.

BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.

Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.