KUALA LUMPUR: Inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma yang akan dimulakan di Ibu Pejabat Kmenterian Kesihatan (KKM) mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata apatah lagi ia sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita.
"Saya mengambil maklum di atas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai berhubung kenyataan saya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM.
"Saya ingin perjelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata sekiranya berjaya pemberian itu boleh diperluaskan ke fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam.
Semalam, Dr Zaliha memaklumkan KKM bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini dan sebagai permulaan, ia akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di Bangunan KKM dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Dr Zaliha berkata, inisiatif itu mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid. - Gambar fail/BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Pemberian tuala wanita percuma di Ibu Pejabat KKM untuk dapat maklum balas segera
Dr Zaliha berkata, inisiatif itu mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid.