Setiap dana asing khususnya dari Barat, yang diterima bagi membiayai kegiatan organisasi atau badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini, haruslah diteliti kerana dibimbangi mempunyai agenda tertentu.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dana berkenaan termasuklah daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan George Soros.
"George Soros ada nilai-nilai hidup yang berbeza daripada masyarakat kita, apatah lagi OSF yang membawa makna sekular dan terbuka.
"Sebab itulah sesebuah organisasi yang terima dana dari orang seperti Soros harus berwaspada kerana berkemungkinan, tanpa disedari, ada hala tuju yang ditentukan mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Rabu.
Baru-baru ini, Majlis Peguam mengakui ia menerima sejumlah RM53,757.12 (AS$15,000) daripada OSF sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pembiayaan dana luar termasuk yang melibatkan politik boleh menimbulkan masalah kepada negara sekiranya tidak dikawal.
"Penyaluran dana daripada institusi berkaitan adalah membimbangkan kerana terbukti sebelum ini, ia menyebabkan berlaku perkara-perkara besar seperti perubahan pemerintahan dan politik dalam sesebuah negara," katanya. --BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2016

SHAHRIR: Harus berwaspada, kerana tanpa disedari, ada hala tuju yang ditentukan mereka (penyumbang dana).
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.68 mata kepada 1,619.08 daripada 1,615.40 semalam.

Dana asing dijangka rangsang Bursa Malaysia minggu depan
Kembalinya dana asing ke rantau ini dijangka memberikan rangsangan kepada Bursa Malaysia minggu depan.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti, kata penganalisis.

Bursa Malaysia akhiri dagangan 2023 ditutup pada paras terendah intra hari
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2023 dengan ditutup pada paras terendah intra harinya pada 1,454,66 hari ini berbanding paras pembukaan hari pertamanya tahun ini pada 1,488.54.

Belian bersih dana asing di Bursa Malaysia meningkat - MIDF
Pelabur asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan perolehan ekuiti bernilai RM570.9 juta.

Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.

Dana asing dijangka kembali ke pasaran Asia termasuk Malaysia - Rakuten Trade
Kenny Yee berkata, indeks petunjuk utama FBM KLCI dijangka mencecah 1,630 mata berdasarkan penilaian PE sebanyak 15.5 kali.

Aliran masuk dana asing berterusan untuk minggu keenam berturut-turut - MIDF Research
Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran masuk dana asing untuk minggu keenam berturut-turut bagi minggu berakhir 26 Ogos.

Pelabur asing kuasai RM75.7 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas
Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga dengan baik, menyaksikan dana asing membeli sejumlah RM98.9 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.

Pelabur asing masih 'takut' dengan Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengalami penarikan keluar dana asing terbanyak di Asia sejak setahun lalu