KOTA BHARU: Pembinaan 91 menara telekomunikasi baharu di Kelantan yang dilaksanakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sejak tahun 2020 bakal memberi manfaat kepada 1.8 juta penduduk di negeri tersebut untuk menikmati liputan jaringan telekomunikasi 4G.
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Kelantan Abd Mubin Mohd Zain berkata setakat Disember tahun lepas, sebanyak 43 daripada 91 menara baharu tersebut telah siap dibina manakala bakinya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
Katanya, selain pembinaan menara baharu komunikasi sebanyak 1,377 stesen pemancar komunikasi sedia ada juga telah dan akan dinaik taraf kepada liputan 4G.
"Sejumlah 54,700 premis di seluruh negeri telah dan akan disediakan dengan akses gentian optik sehingga penghujung 2022.
"Angka ini cukup tinggi dan sangat baik bagi negeri Kelantan," katanya kepada Bernama dan RTM ketika melawat menara komunikasi di Kampung Chengal, di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Abd Mubin berkata sehingga Disember 2021 peratusan liputan 4G di Kelantan telah mencapai 95.18 peratus meliputi populasi di seluruh Kelantan.
"Ia menunjukkan perkembangan positif yang sasaran di peringkat nasional menjelang penghujung tahun ini adalah 96.9 peratus," katanya.
Beliau turut mengakui pihaknya berdepan pelbagai cabaran terutama membabitkan kawasan pedalaman untuk melaksanakan pembinaan menara baharu dalam usaha menyediakan hubungan digital yang baik kepada rakyat di negeri ini.
"Terbaru, MCMC telah meluluskan 35 lokasi pembinaan menara baharu di bawah projek JENDELA Fasa 1 membabitkan kawasan luar bandar dan juga 18 lokasi perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit yang melibatkan perkampungan Orang Asli sekali gus membuatkan pembinaannya agak mencabar terutamanya untuk memasuki ke kawasan berkenaan.
"Sebagai contoh, banjir baru-baru ini ia telah menyebabkan jambatan di sebuah perkampungan Orang Asli runtuh dan tidak dapat dilalui. Aktiviti pembinaan menara berkenaan tergendala, kami cuba berbincang dengan pihak berkaitan supaya menyegerakan pembinaan semula jambatan itu agar kami dapat mempercepatkan pembinaan di kawasan berkenaan," katanya.
Tambah beliau, antara cabaran lain yang dihadapi termasuk dari segi pentadbiran untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkaitan memandangkan setiap pembinaan infrastruktur menara membabitkan penggunaan tanah yang memerlukan kelulusan daripada pihak kerajaan negeri.
"Setiap infrastruktur pembinaan menara baharu ia akan melibatkan penggunaan tanah yang mana ia menjadi hak kerajaan negeri dan pihak pemohon perlu melalui beberapa proses yang melibatkan tambahan masa bagi mendapatkan kelulusan," katanya.
Ketika ditanya sama ada pihaknya berdepan dengan vandalisme mahupun kecurian peralatan seperti kabel, Abd Mubin berkata kebelakangan ini tiada laporan diterima membabitkan kejadian itu di menara komunikasi yang dibina kerana kebanyakan menara menggunakan gentian optik dan bukan tembaga.
"Kalau dulu gunakan tembaga mungkin sebab itu sering berlaku kecurian dan sebagainya, namun sekarang kebanyakan telah guna gentian optik sekali gus dapat mengurangkan kejadian yang tidak diingini termasuk kes kecurian kabel dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
![Pembinaan 91 menara baharu bakal beri manfaat kepada 1.8 juta penduduk Kelantan Pembinaan 91 menara baharu bakal beri manfaat kepada 1.8 juta penduduk Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647578036_Infrastrukturteleko.jpg)
Setakat Disember tahun lepas, sebanyak 43 daripada 91 menara baharu tersebut telah siap dibina manakala bakinya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini. - Gambar fail/Bernama
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
![JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726398007_FahmiFadzil.jpg)
JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.
![Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715684184_TBHAJI.jpg)
Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci
Antara penambahbaikan ialah pemasangan lebih 6,200 menara komunikasi di seluruh Mekah dan Madinah mewakili peningkatan 74 peratus berbanding 2019.
![MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666270026_MCMCLogo.jpg)
MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai
MCMC terima laporan dan aduan berhubung kira-kira 8,000 penduduk berhadapan dengan ketiadaan rangkaian komunikasi
![Kerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana Kerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652323077_MCMCLogo.jpg)
Kerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana
Kerja baik pulih menara komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah di Negeri Sembilan yang musnah dalam kebakaran pada Sabtu lepas masih dilaksana.
![Pembinaan 91 menara baharu bakal beri manfaat kepada 1.8 juta penduduk Kelantan Pembinaan 91 menara baharu bakal beri manfaat kepada 1.8 juta penduduk Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647578036_Infrastrukturteleko.jpg)
Pembinaan 91 menara baharu bakal beri manfaat kepada 1.8 juta penduduk Kelantan
Setakat Disember tahun lepas, sebanyak 43 daripada 91 menara baharu tersebut telah siap dibina manakala bakinya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
![Kerja pengoptimuman menara komunikasi di Padang Besar, Perlis dimulakan Kerja pengoptimuman menara komunikasi di Padang Besar, Perlis dimulakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605865167_MCMC.jpg)
Kerja pengoptimuman menara komunikasi di Padang Besar, Perlis dimulakan
Kerja pengoptimuman itu dijalankan berhampiran Kampung Baharu dan Sungai Chuchuh, Padang Besar.
![Perkhidmatan internet di lebih 17 kawasan Paya Besar, Pahang dipertingkatkan Perkhidmatan internet di lebih 17 kawasan Paya Besar, Pahang dipertingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629961779_MenaraTelekomunikas.jpg)
Perkhidmatan internet di lebih 17 kawasan Paya Besar, Pahang dipertingkatkan
Secara keseluruhan di bawah pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina.
![Radiasi menara komunikasi di kawasan kediaman tidak jejas kesihatan - MCMC N. Sembilan Radiasi menara komunikasi di kawasan kediaman tidak jejas kesihatan - MCMC N. Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628163696_TBMCMC.jpg)
Radiasi menara komunikasi di kawasan kediaman tidak jejas kesihatan - MCMC N. Sembilan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Negeri Sembilan menjelaskan keberadaan infrastruktur komunikasi berhampiran beberapa kawasan kediaman tidak akan memudaratkan kesihatan orang awam.
![13 menara komunikasi mula beroperasi di empat daerah Johor 13 menara komunikasi mula beroperasi di empat daerah Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624674591_MenaraTelekomunikas.jpg)
13 menara komunikasi mula beroperasi di empat daerah Johor
Pembinaan menara berkenaan yang dilaksanakan di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
![JENDELA: Tiga menara komunikasi baharu mula operasi di Hulu Terengganu JENDELA: Tiga menara komunikasi baharu mula operasi di Hulu Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625285412_TBmcmcHuluTerenggan.jpg)
JENDELA: Tiga menara komunikasi baharu mula operasi di Hulu Terengganu
Tiga menara itu dibina di Kolej Hutecs, Kampung Kepah dan Kampung Machang.