MELAKA: Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata bagi pelaksanaan projek tersebut, bangunan hospital sedia ada yang berusia lebih 60 tahun akan diruntuhkan bagi pembinaan hospital baharu melibatlkan kos keseluruhan berjumlah RM325 juta.
"Pada awalnya kerajaan memutuskan menaik taraf dan membina bangunan tambahan, namun setelah kajian struktur dilakukan secara mendalam, didapati lebih baik dibina hospital baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga Angkatan Tentera Kem Terendak yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Mohamed Khaled berkata sepanjang kerja-kerja pembinaan hospital itu, perkhidmatan kesihatan di Kem Terendak dijangka terjejas kerana beberapa perkhidmatan terpaksa dipindahkan ke bangunan sementara dan bakal menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit.
"Hospital ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada warga di sini tetapi juga kepada veteran dan orang ramai. Jadi tentunya sepanjang tempoh untuk menyiapkannya, perkhidmatan yang sempurna sedikit sebanyak akan terjejas," katanya.
Menurutnya projek hospital yang melibatkan 150 katil itu akan menyediakan kemudahan antaranya perkhidmatan pakar, pergigian dan kesihatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Mohamed Khaled (tengah) melawat salah sebuah RKAT yang dalam proses baik pulih sempena lawatan kerja beliau di Kem Terendak, Sungai Udang hari ini. - Gambar Bernama

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.

Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.

Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.

Maldives larang import dan penggunaan rokok elektronik
Maldives menjadi negara terbaru yang melaksanakan larangan terhadap rokok elektronik.

Akta Kawalan Merokok demi kesihatan awam, bukan kepentingan industri - Green Lung
Semua pihak diseru menghormati penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dan memahami bahawa langkah-langkah ini diambil demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.

Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tanah runtuh: IWK ambil langkah mitigasi di loji rawatan kumbahan
IWK Sdn Bhd telah mengambil langkah mitigasi segera di STP IWK di Taman Wawasan, Puchong susulan tanah runtuh baru-baru ini berikutan hujan lebat Sabtu lepas.