PENGERANG: Proses pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) diharapkan dapat dimulakan semula awal tahun hadapan, selepas selesai proses mobilisasi akhir tahun ini, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
Beliau berkata, projek LCS masih dalam fasa mobilisasi yang dijangka selesai hujung Disember ini.
"Setahu saya, rundingan dengan pengilang peralatan asal (OEM) dan vendor-vendor berjalan dengan baik.
"Kita jangkakan pembinaan akan dimulakan semula pada awal tahun hadapan," kata beliau kepada pemberita selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini, hari ini.
Beliau berkata, fasa mobilisasi yang bermula Jun, melibatkan pihak Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang melaksanakan rundingan bersama pihak OEM, bagi menggerakkan kerja-kerja pembinaan apabila berakhirnya fasa mobilisasi.
Mohd Reza berkata, syarikat itu, telah selesai melaksanakan proses rundingan tersebut dan dalam proses membentangkan hasil rundingan kepada jawatankuasa pemantauan projek, yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
Mengenai kepentingan projek LCS ini, beliau berkata, TLDM amat memerlukan aset kombatan bagi menyokong strategi pertahanan maritim negara, justeru dengan meneruskan projek berkenaan akan sekali gus meningkatkan dan membangunkan keupayaaan pertahanan maritim negara.
"Seperti yang umumnya sedia maklum, aset kombatan sedia ada telah berusia serta kos pengoperasian dan selenggaraan semakin meningkat, yang akan menjejaskan tahap kesiagaan TLDM dalam memastikan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara.
"TLDM tetap konsisten di dalam keperluan untuk kapal LCS ini dioperasikan secepat mungkin, seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini," katanya ketika ditanya mengenai status terkini projek LCS.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata, kapal LCS pertama dijangka siap sekurang-kurangnya dalam dalam tempoh dua tahun.
Mengulas cadangan menaik taraf kapal sedia ada kepada peronda generasi baharu (NGPV), Mohd Reza menjelaskan, sebahagian sistem dalam enam kapal yang dibina pada 10 tahun lalu itu, sudahpun usang dengan alat gantinya tidak dapat diperoleh di pasaran.
"Sudah tiba masanya untuk kita tukar sistem pada kapal ini kepada sistem baharu seperti sistem penderia dan sistem persenjataaan. Namun, semua proses ini tertakluk kepada peruntukan yang disediakan," katanya.
Beliau berkata, bukan sahaja NGPV, malah kebanyakan aset TLDM sememangnya perlu dinaik taraf ataupun membuat perolehan baharu, kerana usianya ada yang menjangkau lebih 40 hingga 50 tahun.
"Mereka (anggota) harus cekap dan mahir dalam pelaksanaan tugas atau dengan kata lain kompeten mengoperasikan peralatan di kapal, namun, kecekapan mereka terhad dengan teknologi yang dimiliki kapal TLDM yang rata-ratanya menjangkau usia 40 tahun (dan ke atas).
"Oleh itu, perolehan kapal TLDM yang baharu amat kritikal, bagi melahirkan navy people yang competent. (Jadi) apa-apa perancangan sekali pun, hendaklah berlandaskan kepada peruntukan," katanya.
Terdahulu, seramai 569 Perajurit Muda ditauliahkan sijil tamat latihan, selepas menjalani latihan di KD Sultan Ismail sejak 20 Mei sehingga 29 Okt lepas. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Proses pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) diharapkan dapat dimulakan semula awal tahun hadapan, selepas selesai proses mobilisasi akhir tahun ini. - Gambar fail BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Projek LCS: MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC - Timbalan Menteri
Pengerusi PAC bebas untuk memanggil sesiapa sahaja sama ada peringkat menteri atau pegawai-pegawai berkaitan bagi mendapatkan kerjasama.

Kos sara hidup: 'Beri tumpuan penuh, bukan sekadar nasihat boikot kedai' - Hishammuddin
Beliau menambah kerajaan perlu memainkan peranan sewajarnya walaupun tekanan kos sara hidup merupakan fenomena global.

Kapal LCS pertama dijangka beroperasi penuh selepas selesai penilaian - Mohamad
Jelas beliau pembinaan kapal LCS pertama ketika ini hampir selesai dengan kelengkapan utama seperti enjin, kotak gear dan bebaling.

Mindef di fasa akhir muktamad cadangan teruskan projek LCS
Dua baki syor yang sedang dalam tindakan ialah melibatkan laporan berkala kepada PAC dan Jawatankuasa Khas Parlimen.

LTAT pastikan proses telus pelaksanaan projek LCS
Terdapat dua peristiwa dan keputusan penting yang berlaku dalam tempoh dua minggu lalu yang memberi momentum positif kepada projek LCS.

Projek LCS: Kerugian bakal ditanggung LTAT perlu dijelaskan - Anwar
Perlu dijelaskan tentang berapa kerugian yang akan ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan tersebut.