KUCHING: Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo telah menjadi sebagai satu proses pembelajaran untuk kerajaan Sarawak dalam merancang pembangunan infrastruktur lain di negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan projek lebih RM16 bilion itu, telah membolehkan kerajaan negeri untuk membina jalan jajaran pantai, dan juga jalan utama yang akan bersambung ke lebuh raya itu.
"Saya rasa projek ini bukan sahaja merancakkan pembangunan kita, tetapi menjadi learning curve untuk melaksanakan projek-projek yang besar di Sarawak," katanya di majlis makan malam Impian menjadi Realiti Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak," di sini malam ini.
Sebagai tambahan, kerajaan negeri merancang untuk membina jalan utama sepanjang 145 kilometer ke Marudi, satu kawasan pendalaman di Bahagian Miri dengan Long Terawan dan Taman Negara Mulu.
Abang Johari berkata Long Terawan juga akan bersambung hingga ke Gunung Buda di Bahagian Limbang dan jalan ini akan bersambung ke lebuh raya pantai utara, yang telah dirancang di bahagian itu.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri kelima Sarawak, mahukan Lebuhraya Pan Borneo sebagai sebuah lebuh raya tanpa tol, namun perlu setaraf dengan lebuh raya di Semenanjuang Malaysia.
Beliau berkata Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, telah bersetuju dengan Adenan dan projek tersebut pembinaannya telah diberikan peruntukan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam ucapannya berkata jajaran lebuh raya Pan Borneo di Sarawak, kini telah mencapai 98 peratus siap.
Beliau berkata 19 daripada 23 seksyen daripada kerja lebuh raya itu telah disiapkan, dengan seksyen lain akan disiapkan secara berperingkat pada suku pertama tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
![Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo: Satu proses pembelajaran - Abang Johari Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo: Satu proses pembelajaran - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693539458_TBpanborneo.jpg)
Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo telah menjadi sebagai satu proses pembelajaran untuk kerajaan Sarawak dalam merancang pembangunan infrastruktur lain di negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3 Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738741422_tbAhmadMaslan.jpg)
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
![JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733663549_tbAbangJohari.jpg)
JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah membuktikan kemampuan bukan sahaja berjaya melaksanakan projek mega peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan.
![Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732187098_TBkemalangan.jpg)
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
![KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730555789_TBTPMBETONG.jpg)
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
![Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728104835_tbKKPKementerianK.jpg)
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
![[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak [KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723734879_LebuhrayaPanBorneo.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
![Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693605238_TBNantaLinggi.jpg)
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
![Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722767453_AnwarIbrahim.jpg)
Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.
![SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719295363_BangunanParlimen.jpg)
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.