KUALA LUMPUR: Pengoperasian lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang cadangan pembinaannya dibatalkan sebelum ini dijangka siap pada akhir 2027, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata pembinaan lima stesen baharu itu tidak akan dapat diselesaikan atau dilaksanakan menjelang tahun depan.
"Stesen itu belum dibina, maka ia tidak dapat disiapkan dalam tempoh setahun. Ia adalah stesen pilihan yang akan dikembalikan tetapi mengambil masa dua atau tiga tahun untuk dilaksanakan," katanya pada sidang media pembentangan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 merangkumi stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik yang dibatalkan sebelum ini dengan membabitkan kos RM4.7 bilion.
Projek pembinaan LRT3 yang bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor dijangka memulakan operasi pada 1 Mac 2025 dan bakal memberikan manfaat kepada dua juta penduduk. Projek pengangkutan mega itu dijangkakan menelan belanja kira-kira RM16 bilion.
Mengenai status projek LRT3, Loke berkata ia telah mencapai 91.68 peratus setakat 25 Dis tahun lepas dan pengoperasian laluan LRT ke Shah Alam itu masih disasarkan bermula 1 Mac tahun depan.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa status bagi projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura telah mencapai tahap 65 peratus siap daripada aspek infrastruktur dan lebih 33 peratus bagi aspek sistem setakat ini.
"Sasaran ia siap sepenuhnya adalah pada 31 Dis 2026," kata Loke.
RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura dan dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.
Mengenai perkembangan kerja pembaikan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya, Loke berkata ia telah siap sepenuhnya dan sedang menjalani proses percubaan yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum dapat kembali beroperasi pada akhir Februari ini.
Menurut Loke, kerja pembaikan itu melibatkan kos RM30 juta yang ditanggung oleh Prasarana dan memaklumkan bahawa Prasarana akan menyaman syarikat kontraktor atau pemilik projek yang menyebabkan kerosakan di stesen berkenaan.
Pada 27 Jan tahun lepas, perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.
Susulan itu, Rapid Rail terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dan penumpang LRT terpaksa menggunakan laluan alternatif termasuk bas untuk ke destinasi masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Loke pada sidang media pembentangan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

LRT3 mula beroperasi suku ketiga 2025 - Anthony Loke
Anthony Loke berkata, kerja-kerja fizikal dan penstrukturan sudah mencecah 95 peratus dan dijangka siap pada Oktober ini.

Projek LRT3: Lencongan sementara di Jalan SS7/25 sehingga 7 Okt
Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 7 Okt ini dari 10 pagi hingga 5 petang.

Penilaian Cadangan Konsep HSR KL-Singapura dijangka ambil masa dua bulan
Penilaian tujuh Cadangan Konsep daripada firma yang berminat untuk terlibat dalam projek HSR KL-Singapura dijangka mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan.

Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.

Pembinaan lima stesen LRT3 dijangka dilaksana mula 2027 - Loke
Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini dijangka bermula pada 2027.

Peruntukan RM4.7 billion bakal beri manfaat dua juta pengguna LRT3
Peruntukan RM4.7 billion untuk menaik taraf projek LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) dan juga sistem sokongan bakal memberi manfaat kepada dua juta pengguna pengangkutan awam itu.

LRT3 mula beroperasi 1 Mac 2025 - Anthony Loke
Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijangka mula beroperasi pada 1 Mac 2025 akan memberi manfaat kepada dua juta penduduk, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Serpihan konkrit LRT3 jatuh, tiada kemalangan jiwa
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).

Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.