KUALA LUMPUR: Subsidi telur yang berakhir 30 Jun ini seperti diumumkan kerajaan dikhuatiri menyebabkan kenaikan harga telur sekali gus membebankan rakyat serta peniaga di negara ini.
Perkara itu diluahkan pemborong telur, Lim Gin Fwu, 50, ketika ditemui Astro AWANI pada Jumaat.
Ujarnya, ketika ini harga telur yang diterima dari ladang masih rendah, namun sekiranya pengapungan harga bermula 1 Julai depan, beliau khuatir harga menjadi tidak terkawal.
"Kita tengok keadaan, kalau ladang datang berapa (harga), kita tambah sajalah, tak boleh buat apa-apa. Sekarang harga normal, tapi lepas bulan Jun kita tak tahu.
"Kita (pemborong telur) jual bila kita boleh untung dengan boleh bayar gaji pekerja dan sewa kedai sahajalah," katanya.
Ujarnya, kenaikan harga telur sebelum ini juga menyebabkan rata-rata pelanggan mula merungut, namun sekiranya berlaku kenaikan tidak terkawal, dikhuatiri kuasa pembeli akan terus berkurangan.
"(Kenaikan harga) itu tak boleh buat apa, terpulang pelanggan kalau mahu beli. Tapi sekarang telur pun sudah kurang, saya ingat lepas subsidi tiada, telur akan makin kurang.
"Terpulang pada orang ramai, kalau nak beli, itu keputusan mereka. Kita sebagai pemborong tak boleh buat apa. Mahal pun orang marah juga," katanya lagi.
Sementara itu, peniaga burger di Kelana Jaya, Nurain Abdul Rahman, 33, pula risau sekiranya pengapungan harga memberi kesan kepada peniaga sepertinya.
"Risau juga sebab kita berniaga burger kita gunakan telur gred A. Sekarang pun kalau kita beli harga RM13.50. Kalau turun (harga) alhamdulillah meringankan kos kita.
"Kalau naik (harga) itu sikit tak mengapa. Tapi kalau melampau naik akan beri kesan kepada kita. Sebab kalau kita naik harga, 'customer' akan merungut. Takut kuasa membeli akan berkurangan," katanya.
Tambah Nurain, tindakan kerajaan sepatutnya memberi kesan positif kepada rakyat dan peniaga, dan bukannya membebankan peniaga.
"Nak kata setuju (penamatan subsidi telur) kalau meringankan beban kita bersama peniaga dan pengguna saya setuju, tapi kalau kata tamat subsidi membebankan lagi rakyat dan peniaga seperti kami, agak sakit jugalah," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan bermula 1 Julai ini.
Jelasnya, penamatan tersebut membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit ketika ini.
Ujarnya, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan, kementeriannya akan melaksanakan mekanisme pemulihan bertahap.
Ia termasuk memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging hidup, ayam bulat, membenarkan pengimportan ayam dan telur daripada pelbagai negara sumber yang diiktiraf termasuk Thailand, China, Brazil, Denmark dan Ukraine.
Fareez Azman
Fri Jun 09 2023
Subsidi telur yang berakhir 30 Jun ini dikhuatiri menyebabkan kenaikan harga telur sekali gus membebankan rakyat serta peniaga di negara ini. -Astro AWANI
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Subsidi telur: Pemborong, peniaga risau kenaikan harga tidak munasabah mulai Julai
Sekiranya berlaku kenaikan tidak terkawal, dikhuatiri kuasa pembeli akan makin berkurangan.