Hasrat untuk menghantar batu nisan untuk digunakan di tanah perkuburan di Lenggong tidak kesampaian apabila van yang dinaiki pembuat batu nisan itu terbabit dalam kemalangan di kilometer 63 Jalan Ipoh - Gerik, berhampiran Liman Kati, Perak hari ini.
Ahmad Tajudin Ishak, 51 dari Kampung Seri Kinta, Ipoh, meninggal dunia ditempat kejadian selepas dikatakan tercampak keluar, manakala anaknya, Nurul Aunui, 12, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Seorang lagi anaknya, Mohd Khalish, juga 12 tahun serta seorang lagi pembuat batu nisan, Mohd Sohaimi Zakaria, 43, yang berasal dari Kampung Gelok, Lenggong, mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Menurut polis, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.14 tengahari ketika van Toyota Hiace yang mereka naiki dikatakan sedang dalam perjalanan ke dari Ipoh ke Lenggong untuk menghantar batu nisan.
Setibanya di tempat kejadian, van mangsa cuba memotong sebuah kenderaan lain dan dalam masa sama cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
Van yang mereka naiki dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan tergolek beberapa kali sebelum masuk ke dalam longkang di tepi jalan.
Penguasa Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba Kuala Kangsar, Zainal Ahmad Taken memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1.16 tengahari dan terpaksa menggunakan mesin hidrolik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Astro Awani
Sun Jan 11 2015
Pembuat batu nisan maut dalam kemalangan jalan raya
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Penduduk Gaza cari jalan urus saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Mengukir Warisan: Kisah pembuat batu nisan Islam berbangsa Cina
Kuah Leong Chuan yang membuka perniagaannya di Kuala Selangor, mempunyai pelanggan yang datang dari sejauh Kelantan, Terengganu dan Johor.
Trend tukar batu nisan, belindan menjelang Syawal
Bukan untuk bermegah tetapi sebagai 'hadiah terakhir' kepada si mati selain menjadikannya sebagai penanda bagi memudahkan ia diziarahi.
Khianat masjid, kubur kerana dengar bisikan
Pemeriksaan mendapati lelaki itu terlibat dalam lima kes khianat yang berlaku di dua buah masjid dan tiga kawasan perkuburan Islam.
Tidak puas hati wasiat ditinggalkan, lelaki tergamak bakar kubur bapa
Tidak berpuas hati wasiat yang ditinggalkan, seorang anak sanggup bakar kubur arwah ayah.
Apabila saya tiada, semuanya akan tinggal sejarah - Uncle Kuah
Kisah Uncle Kuah, satu-satunya pengukir batu nisan granit berketurunan Cina di Kuala Selangor, dan mungkin juga di Malaysia, yang masih hidup. Dan beliau bimbang legasinya akan terhenti.
Misteri batu nisan Donald Trump tiba-tiba muncul di Central Park New York
Sebuah batu nisan palsu untuk calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump muncul secara misteri di Central Park New York pada pagi Ahad, lapor media antarabangsa.
Pembuat batu nisan maut dalam kemalangan jalan raya
Kemalangan berlaku van yang mereka naiki dikatakan sedang dalam perjalanan ke dari Ipoh ke Lenggong untuk menghantar batu nisan.