KUALA LUMPUR: Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata kesemua fungsi Aksem diserapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Beliau berkata punca kuasa yang termaktub di dalam Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 799) akan diteruskan dan dikuat kuasa oleh akta-akta sedia ada seperti Akta Polis 1967, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kastam 1967 dan lain-lain perundangan yang sedang berkuat kuasa.
"Bagi memastikan tujuan penubuhan Akta 799 berkaitan kepentingan penyelarasan tindakan kawalan sempadan terus dikekalkan, fungsi-fungsi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa Penyelaras yang termaktub di bawah akta ini akan dilaksanakan Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara dan Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ismail berkata dengan pemansuhan Akta 799 dan penyerapan sepenuhnya fungsi Aksem kepada PDRM, Ketua Polis Negara akan mempunyai perintah dan kawalan ke atas penugasan kawalan sempadan.
"Ini akan memberikan impak positif dalam keberkesanan pengoperasian di kawasan sempadan darat dan segala perancangan akan diatur gerak dengan lebih efisien dan tersusun," katanya.
Menurutnya Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 12 Mac tahun lepas menimbangkan Memorandum Menteri Dalam Negeri No. M120/2021 dan antara lain mengambil maklum bahawa Akta 799 akan dimansuhkan setelah AKSEM diletak di bawah PDRM sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Ismail berkata, kesemua fungsi Aksem diserapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA). - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pembubaran Aksem tidak beri kesan negatif kepada kawalan sempadan
Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini.

AKSEM dibubar, tugas diambil alih PDRM- Hamzah
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan dan tugas-tugas agensi berkenaan diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Op Benteng: Pengorbanan anggota keselamatan cegah jenayah rentas sempadan
Isu pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan daun ketum sering dikaitkan dengan pencerobohan sempadan negara.

RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.