Pembudayaan inovasi dan kreativiti membabitkan semua peringkat masyarakat perlu dipertingkatkan menerusi pelaksanaan program dan aktiviti berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI), titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Titah baginda, semua pihak khususnya guru, pelajar, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan industri perlu memberi sokongan menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap kepentingan STI.
"Ledakan teknologi dengan Revolusi Industri 4.0 memerlukan kesiapsiagaan semua pihak kerana penerapan minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) perlu diberi perhatian serius.
"Perkara ini amat penting bagi memastikan negara mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selari dengan keperluan negara menjelang tahun 2050," titah baginda ketika melancarkan Minggu Sains Negara peringkat negeri Perlis di Dewan Warisan di sini, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis.
Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah penggunaan plastik dalam pembangunan hari ini yang semakin meningkat perlu ditangani secara bijak selari dengan hasrat kerajaan melalui penetapan sasaran dan inisiatif kementerian.
Menurut baginda, penguatkuasaan secara holistik terhadap kilang kitar semula sisa plastik khususnya kilang haram perlu dipertingkatkan.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah Perlis juga tidak terkecuali kerana pintu masuk melalui Padang Besar dan Wang Kelian berpotensi menjadi laluan kemasukan sisa plastik.
Terdahulu, Isnaraissah Munirah dalam ucapannya berkata Minggu Sains Negara adalah antara inisiatif kementerian untuk memupuk minat masyarakat terhadap ilmu sains dan bagi menyokong usaha kerajaan dalam bidang STEM bagi menggalakkan pembangunan dan kemajuan STI negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019
Raja Muda Perlis berkenan menyampaikan titah perasmian pada Majlis Pelancaran Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 di Dewan Warisan malam tadi. Turut mengiringi, Isnaraissah Munirah (kanan). --fotoBERNAMA
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
BioProtein Powder juara INNOVATHON 2, raih RM100,000
Inovasi yang dihasilkan oleh Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.
Bakineer 2.0 alat inovatif untuk pembuat kuih
Bakineer 2.0 juga mampu menghasilkan makanan lain seperti mi, pasta, dan putu mayam, menjadikannya gajet dapur yang serba guna.
IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.
Innovathon musim ke-2: 'Puncture Proof Self Healing Tyre' juara minggu keempat
Inovasi tersebut menghasilkan tayar motorsikal yang kalis pancit dan tidak bocor sekiranya tertusuk benda tajam seperti paku atau jalan berlubang.
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.
MOSTI lancar Indeks Inovasi Malaysia tahun depan, inisiatif perkukuh ekosistem inovasi negara
Berperanan mengukur tahap inovasi di setiap negeri agar pelaksanaan invensi dijalankan dengan lebih tertumpu, cekap dan berkesan.
PETRONAS tingkat daya saing industri OGSE demi masa depan kukuh
Isu peralihan tenaga, teknologi dan inovasi, strategi pembiayaan, peluang perkembangan, serta pembangunan modal insan menjadi topik teras Hari Rakan Kerjasama OGSE PETRONAS.