KOTA KINABALU: Pembukaan Konsulat Republik Korea di sini akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang antara negara itu dan Malaysia, terutamanya Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata ia juga merupakan langkah penting seterusnya dalam meningkatkan rangkaian diplomatik dan konsular Republik Korea, semasa ia berusaha untuk membina serta meningkatkan hubungan serantau dan global.
Katanya Sabah berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalin dengan Konsulat Republik Korea bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan, serta dalam pelbagai bidang lain yang tidak kurang pentingnya seperti pertukaran budaya, teknikal dan pendidikan.
"Kita sedar peranan penting yang akan dimainkan oleh Konsulat dalam mempromosikan hubungan dua hala dan berfungsi sebagai jambatan untuk menjalin hubungan. Bersama, kita boleh mencapai tahap baharu dan menyumbang kepada kemakmuran Sabah dan Republik Korea.
"Malaysia dan Republik Korea telah lama melangkah jauh bersama, jalinan kerjasama yang menjangkau enam dekad sejak terbinanya hubungan diplomatik pada 1960. Sejak itu, kita telah mencapai banyak kemajuan dalam pertukaran dan kerjasama dalam banyak bidang," katanya dalam ucapan semasa merasmikan pejabat konsulat berkenaan di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmy Yahya, serta Duta Besar Republik Korea ke Malaysia Yeo Seung-Bae.
Hajiji berkata tahun lepas eksport perdagangan Sabah ke Korea bernilai RM4 bilion manakala import Sabah dari negara itu mencatatkan nilai RM900 juta.
Ketua Menteri berkata pelancongan di Sabah terus berkembang kukuh tahun ini dengan Republik Korea merupakan penyumbang utama, yang menyaksikan ketibaan 95,966 pelancong dari negara itu untuk enam bulan pertama tahun ini.
Beliau berkata setakat bulan ini Sabah dihubungkan dengan dua bandar iaitu Incheon dan Busan di negara itu dengan 23 penerbangan dan kapasiti 4,409 tempat duduk setiap minggu, di samping menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 2,000 warga Korea yang kebanyakannya menetap di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan Sabah akan membentangkan inisiatif Sabah Malaysia Rumah Keduaku (SMM2H) yang disemak semula pada persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi dan program itu telah diperhalusi untuk menjadikan Sabah lebih menarik kepada warga asing yang ingin berpindah ke sini.
"Program sebegini akan memberi manfaat kepada Sabah terutamanya dari segi kemasukan bakat dan kepakaran ke Sabah. Kami harap dapat melihat lebih ramai bakat bernilai tinggi ini, termasuk dari Republik Korea, berpindah ke Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Hajiji Noor (empat kiri) pada perasmian Konsulat Republik Korea Kota Kinabalu har ini. Turut hadir, Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae (lima, kanan) dan Konsul Jeneral Korea Selatan di Kota Kinabalu Joo Jung Cheol (empat, kanan). - Bernama
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Korea Selatan isytihar Pocheon sebagai zon bencana
Sebuah kampung di utara Korea Selatan yang secara tidak sengaja dibom oleh jet pejuang negara itu akan diisytiharkan sebagai kawasan bencana khas, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Korea Selatan perintah pembebasan Presiden Yoon
Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pembebasan Presiden Yoon Suk Yeol pada Jumaat selepas menerima permohonannya untuk membatalkan penahanan berhubung pengisytiharan darurat tentera.

Korea Selatan tubuh pasukan khas, periksa kerosakan insiden jet pejuang tersalah bom
Pihak berkuasa tempatan dan tentera Korea Selatan menubuhkan pasukan khas bersama pada Jumaat bagi menilai kerosakan harta benda serta tahap keselamatan susulan insiden bom di sebuah kampung.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Korea Selatan gantung muat turun aplikasi DeepSeek atas kebimbangan privasi
Kerajaan Korea Selatanmenggantung sementara muat turun aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China berikutan kebimbangan mengenai privasi.

Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.