KUALA LUMPUR: Kanak-kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini, berikutan kemunculan varian Delta wabak COVID-19 yang mudah menular, demikian menurut badan pemikir bebas EMIR Research.
Ketua Sains dan Teknologi EMIR Research Ahmad Ameen Mohd Kamal berkata kumpulan pemikir itu sebelum ini telah mencadangkan bahawa petunjuk paling minimum untuk pembukaan semula sekolah adalah apabila semua penduduk dewasa telah divaksinasi, yang disasarkan menjelang Oktober.
"Bagaimanapun, cadangan ini berdasarkan kepada andaian sebelum ini iaitu kumpulan usia yang lebih muda lebih cenderung untuk tidak menunjukkan gejala teruk, dan mereka yang sudah lengkap divaksin kebanyakan masanya akan dilindungi.
"Namun, kemunculan varian baharu seperti Delta dan kes baru-baru ini membuktikan bahawa ia bukan masalahnya dan kita meletakkan kanak-kanak (dan dewasa terdedah kepada) risiko lebih besar melalui pembukaan sekolah ini," katanya dalam artikel kajian badan itu bertajuk 'Very Risky to Reopen Schools in September'.
Ahmad Ameen berkata golongan berusia bawah 18 tahun, iaitu hampir 30 peratus penduduk Malaysia, adalah kumpulan terbesar tanpa perlindungan.
"Cepat atau lambat, mereka harus dilindungi daripada virus, sama ada menerusi vaksinasi atau imuniti semula jadi. Bagaimanapun, terlalu awal untuk mempertaruhkan nasib mereka," katanya.
Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia pada November 2020, Ahmad Ameen berkata Lembah Klang mempunyai jumlah kanak-kanak bawah 18 tahun paling ramai iaitu 24.4 peratus.
Beliau berkata Sabah dan Johor mempunyai peratusan penduduk yang lengkap vaksinasi paling rendah setakat 11 Ogos iaitu masing-masing dengan 13.2 peratus dan 16.8 peratus, namun mempunyai penduduk bawah 18 tahun yang kedua dan ketiga tertinggi iaitu masing-masing 12.4 peratus dan 11.6 peratus.
"Berikutan varian yang sangat mudah menular yang menghindari kekebalan tubuh, menyebabkan jangkitan ke atas individu yang telah lengkap divaksin dan imuniti mukosa yang tidak mencukupi yang mencabar konsep tradisional imuniti kelompok, sasaran penduduk dewasa lengkap divaksin menjelang Oktober juga mungkin tidak mencukupi untuk melindungi dewasa dan kanak-kanak - apatah lagi pada awal September?
"Persoalannya kini adalah antara risiko kesan sampingan vaksin berbanding risiko jangkitan dan gejala lebih teruk daripada varian baharu SARS-CoV-2.
"Difahamkan, banyak ibu bapa tidak bersedia mengambil kesempatan menerusi imuniti semula jadi memandangkan potensi risikonya," katanya.
Beliau berkata ada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin terlebih dahulu, manakala mereka yang risau dengan jangkitan virus dan kesan sampingan vaksin mungkin memilih untuk mengelakkan anak-anak ke sekolah sehingga mendapat maklumat lanjut dan penyelesaian yang lebih selamat.
"Tambahan pula, cuti sekolah akan bermula pada November. Mengapa mengambil risiko pada September dan Oktober?
"Justeru, waktu paling cepat untuk pembukaan semula sekolah mungkin awal tahun hadapan," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Ameen berkata walaupun didapati golongan muda kurang mendapat gejala lebih teruk oleh jangkitan Delta atau varian lain, kes-kes jangkitan mungkin meningkat apabila sekolah dibuka semula.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021

Kanak-kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.