Dua suspek buli dan curi membabitkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di padang permainan Taman Sri Kluang, petang semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, hasil ujian dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka mengambil dadah jenis methamphetamine.
"Kedua-dua suspek yang ditahan di rumah mereka di Taman Sri Lambak kira-kira jam 11 malam tadi itu disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun dan kini direman empat hari.
"Polis turut merampas semula sebuah telefon bimbit, wang tunai RM20 dan beg sandang dipercayai milik remaja OKU berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Video berdurasi 32 saat mengenai kejadian buli berkenaan viral di media sosial antara lain menunjukkan seorang daripada suspek membuli remaja OKU berkenaan menggunakan sebatang kayu di taman permainan berkenaan.
Hakim Rahman
Wed Mar 14 2018
Bapa mangsa membuat laporan polis selepas mendapati anaknya menjadi mangsa buli dalam video berkenaan yang tular di media sosial. - Foto Media Sosial
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
Penunggang motosikal maut terbabas dalam semak
Seorang penunggang maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum jatuh terhumban ke dalam semak di KM60.5 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, pagi tadi.
Pembuli OKU positif dadah
Dua suspek buli dan curi seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di padang permainan Taman Sri Kluang, petang semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamine.