PETALING JAYA: Polis mengesan terdapat pergerakan hasil analisis daripada beberapa rakaman kamera papan pemuka atau dashcam milik penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya perlu meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan bagi menjejaki petunjuk baharu berhubung kematian kanak-kanak autistik, Zaynn Rayyan Abdul Matiin.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis belum dapat memastikan lagi sama ada pergerakan tersebut melibatkan individu atau objek lain.
“Memang terdapat pergerakan (terakam) pada ‘dashcam’.
“Namun kita perlu ‘enhance' (pertingkatkan) video (supaya lebih jelas) sama ada individu atau objek lain," katanya ketika dihubungi media, di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Hussein berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat mangsa.
Beliau menambah, operasi tersebut bagi mengesan sekiranya wujud sebarang bukti baharu.
“… tetapi setakat ini tiada penemuan bukti baharu.
“Polis masih berusaha mengumpul keterangan dan risikan untuk mengenal pasti suspek," jelas beliau.
Mengulas mengenai pemeriksaan di blok lain semalam, beliau berkata proses berkenaan adalah sebahagian daripada 'mass screening' untuk mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
Dalam masa sama, beliau berkata hasil keputusan DNA melibatkan 228 penduduk Apartment Idaman dijangka diperoleh dalam tempoh dua hingga tiga hari.
Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam.
Kematian Zayn Rayyan kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Hasimi Muhamad
Tue Dec 12 2023

Polis mengesan terdapat pergerakan hasil analisis daripada beberapa rakaman kamera papan pemuka atau dashcam milik penduduk Apartment Idaman, di Damansara Damai. -Gambar fail/Sinar Harian

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

'Ibu bapa Zayn Rayyan mahu bersihkan nama mereka, kita tunggu perbicaraan nanti'
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemuka ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak.
![[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan [TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188384_tbCPOSelangorDatu.jpg)
[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan
Datuk dan nenek kepada kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Sungai Buloh di Selangor.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Forensik PDRM bawa keluar dua kotak, dipercayai berisi bahan bukti
Kotak berkenaan dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan daripada ‘dashcam’
Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis belum dapat memastikan lagi sama ada pergerakan tersebut melibatkan individu atau objek lain.