IPOH:Pemergian Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman adalah satu kehilangan besar buat rakyat di negeri Perak dan Parlimen Gerik khususnya.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di kawasan Gerik sepanjang khidmat beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor dan Ketua UMNO Bahagian Gerik, seterusnya sebagai Ahli Parlimen Gerik.
Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai berita yang amat mengejutkan.
“Bagi pihak seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat Perak, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
“Kita doakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga.
BACA: 'Pemergian Allahyarham Hasbullah satu kehilangan besar bagi saya' - PM
BACA: Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman meninggal dunia
“Semoga ahli keluarga dan kerabat yang dicintai Allahyarham tabah menghadapi ujian yang berat ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Allahyarham Hasbullah, 63 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raub, Pahang kira-kira jam 7 malam Isnin akibat sakit jantung.
Perkara tersebut disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Salbiah Mohamed.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Datuk Aznel Ibrahim yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik berkata, beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Gerik.
Menurutnya, jenazah akan dibawa balik ke Gerik kira-kira jam 5 pagi esok dan disembahyangkan di Masjid Jamek Gerik, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gerik sebelum solat Zohor.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Nov 16 2020
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di kawasan Gerik.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Ucapan tersekat-sekat: 'Saya tidak sakit, hanya sebak...' - Fathul Huzir
Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob mengesahkan beliau tidak sakit sebaliknya hanya sebak apabila menyentuh tentang kesusahan rakyat di kawasan Parlimennya di Gerik.
Ahli Parlimen Gerik beremosi, sidang Dewan Rakyat 'cemas' seketika
Fathul Huzir meminta maaf dan menyatakan keadaan itu mungkin disebabkan beliau terlalu emosi, ketika berbahas.
Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Hasbullah
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, Allahyarham menjadi Ahli Dewan Rakyat sejak 2013 dan sumbangan beliau kepada negara amat dihargai.
Agong zahir takziah kepada keluarga Hasbullah
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 16 November 2020.
Pemergian Hasbullah satu kehilangan besar buat rakyat Perak - MB
Pemergian Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman adalah satu kehilangan besar buat rakyat di negeri Perak dan Parlimen Gerik khususnya.