KUALA LUMPUR: Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak, demikian kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, beliau berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu.
"Saya kehilangan seorang kawan dan bagi saya juga, kita kehilangan seorang pemimpin yang banyak menyumbang kepada negeri Sarawak.
"Apatah lagi beliau Orang Ulu pertama jadi Yang Dipertua Dewan Negara, sudah pasti ini kehilangan paling dirasai oleh masyarakat Orang Ulu dan saya yakin Ahli Dewan Negara pun baru mula akrab dengan mendiang," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Petra Jaya itu meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu ahli keluarga Mutang termasuk balu mendiang, Datin Ho May Leng dan tiga anak mereka bagi menyampaikan salam takziah di Pusat Peringatan Nirvana 2 di sini.
Mutang, 69, meninggal dunia pada 11.46 pagi semalam di Institut Jantung Negara selepas menerima rawatan sebaik tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas setelah mengadakan lawatan kerja ke negara itu bermula 29 April.
Turut melahirkan kesedihan atas pemergian Mutang yang disifatkan sebagai sahabat baik ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi mengakui amat dekat dengan Mutang, yang juga rakan seperjuangannya sewaktu mereka sama-sama berkecimpung dalam dunia politik khususnya menerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Kenyataan itu disampaikan Wan Junaidi melalui Setiausaha Sulit Kanan beliau, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di sini.
"Mendiang menggantikan beliau (Wan Junaidi) bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Negara dan kedua-duanya berasal dari Sarawak. Ini memberi kesan amat mendalam kepada Tun dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi," kata Syed Hamzah.
Pada 19 Feb lepas, Mutang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantikan Wan Junaidi yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik memegang jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Fadillah ditemui pemberita selepas hadir memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal di Pusat Peringatan Nirvana 2, hari ini. - Foto Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia bincang perdagangan, pelaburan dengan Qatar Chamber
Awang Bemee memuji kepimpinan ekonomi Qatar dan persekitaran mesra pelaburan, serta kejayaan penganjuran Piala Dunia FIFA 2022.

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.

Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.

Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.

Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.

Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.

DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.

Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.

Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.