KUALA LUMPUR:Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah berangkat ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 7.55 malam tadi.
Baginda tiba berseorangan dan meluangkan masa beberapa minit di pekarangan masjid sebelum berangkat masuk ke dalam.
Sementara itu, hujan renyai sekitar kawasan Taman Tun Dr Ismail seolah-olah menangisi pemergian tokoh pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
Tinjauan Astro AWANI di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail pada waktu ini mendapati suasananya masih lengang, hanya kelihatan beberapa jemaah baru selesai menunaikan solat Maghrib dan petugas media.
Kelibat keluarga Allahyarham dan pemimpin negara masih belum kelihatan setakat ini.
BACA: Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia
Difahamkan, jenazah masih berada di hospital, dimandikan di sana sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa di sini untuk solat jenazah, dijangka selepas solat Isyak.
Berdasarkan perbualan dengan jemaah masjid, jenazah dikhabarkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada malam ini selepas semuanya selesai.
Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.
Ridauddin Daud
Tue Dec 15 2020
Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang. - Gambar fail
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
2020 sampai ke penamat, ucap hello pada 2021
Ini berita tumpuan sepanjang bulan Disember 2020
Mengenang Ungku Aziz: Pencetus visi pemikiran relevan merentas zaman
Walaupun usianya hampir mencecah 100 tahun, namun idea-ideanya terus relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Mengenang Prof Ungku Aziz: Kaji sumbangan dalam membina monumen minda masyarakat - Johan Jaaffar
Pemikiran Tokoh Akademik dan Ekonomi itu perlu diajar di institusi pengajian tinggi, kata Johan.
Pemergian Prof Ungku Abdul Aziz kehilangan besar buat warga koperasi - Angkasa
Jasa dan bakti Allahyarham kepada pembangunan gerakan koperasi negara dan dunia akademik serta pemerkasaan sosioekonomi tidak ternilai.
Pemergian Prof Ungku Aziz: Jenazah tiba di Masjid At-Taqwa
Jenazah Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 8.50 malam.
Pemergian Prof Ungku Aziz: Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid At-Taqwa
Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah berangkat ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 7.55 malam tadi.