Dalam perkongsian menerusi Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan kebanggaan terhadap pencapaian Allahyarham selama ini.
"Selain mengenali Allahyarham sebagai seorang tokoh pendidikan dan pembangunan ekonomi Melayu dan umat Islam, Baginda turut kagum dengan pemikiran, aspirasi dan idea-idea Allahyarham yang merentas masa dan zaman.
"Baginda sentiasa mengikuti rapat pandangan-pandangan dan buah fikiran Allahyarham semasa hayatnya dalam pelbagai isu yang dekat dengan rakyat jelata yang seharusnya diteladani.
BACA: Pemergian Prof Ungku Aziz: Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid At-Taqwa
"Secara peribadi, Baginda juga mengenali dan pernah bertemu Allahyarham yang turut mempunyai kediaman berhampiran Istana Pantai Bahagia di Morib, serta anak Allahyarham iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz," titahnya.
Sumber Facebook selangorroyaloffice
Baginda pada sama turut berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin.
BACA: Pemergian Prof Ungku Aziz: Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid At-Taqwa
Terdahulu, Allahyarham dilaporkan menghembus nafas terakhir pada jam 4.30 petang di Hospital Prince Court di ibu negara akibat sakit tua.