GEORGE TOWN: Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir) menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru dilantik iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memastikan dasar pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang adalah adil dan seimbang.
Pengerusinya, Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan tersebut memohon kepada Reezal Merican yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas (Pulau Pinang), untuk memastikan kepentingan masyarakat bumiputera juga diambil kira.
Dalam satu kenyataan semalam, Muhamad Farid berkata ini termasuk isu berkaitan pemilikan rumah bumiputera dan kesan daripada program Malaysia My Second Home (MM2H) yang Pemikir berpendapat program itu haruslah diperketatkan lagi syaratnya demi kepentingan semua pihak.
Muhamad Farid berkata teknologi seperti Sistem Bangunan Industri (IBS) dan inisiatif pemilikan perumahan kepada bumiputera di Pulau Pinang terutama bagi golongan belia, harus ditambah baik selari dengan Dasar Perumahan Negara.
Katanya Pulau Pinang juga adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang keseluruhan negeri adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya.
"Sehubungan dengan itu, kawasan kampung seharusnya dilengkapkan dengan kemudahan prasarana lengkap, moden dan mencukupi sepertimana kawasan bandar George Town tanpa mengganggu kedamaian kampung tradisi.
"Kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan sawah padi dan hijau tidak dibiarkan dizonkan semula sebagai kawasan pembangunan sewenangnya mengikut kehendak pemaju tanpa memikirkan kelangsungan kehidupan di sana," katanya.
BACA: Batalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang - PEMIKIR
Menurutnya Pemikir juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan Reezal Merican mengetuai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan pihaknya sedia bekerjasama dengan kementerian itu dalam menjayakan program perumahan, kerajaan tempatan, pembangunan dan perancangan bandar, kesejahteraan bandar, bomba dan penyelamatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan landskap.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Pemikir berpendapat program MM2H harus diperketatkan lagi syaratnya demi kepentingan semua pihak.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.
MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.
MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.
Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.