Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 demi kebaikan negara.
Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kemungkinan baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berikutan pelantikan baginda sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa semalam.
"Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudahpun tercatit ke situ ke situlah saya, kita lihat surah Yasin ayat 82, barulah kita faham apa yang saya maksudkan," titah baginda.
Surah Yasin ayat 82: Innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun fayakun. Ertinya, Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.
Sultan Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana mahu memfokuskan kepada soal pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang pada 15 Jan ini.
"Saya akan fikir apakah yang harus saya buat selepas itu," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas solat subuh di Masjid Imam Syafie, Kota SAS, di sini hari ini.
Sementara itu, Sultan Abdullah turut berkongsi perasaan baginda sebaik mendapat maklum tentang pengumuman pelantikan sebagai Sultan Pahang, yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah semalam.
"Perasaan insaf dan tawaduk sebaik terima panggilan dan cadangan menjadikan saya sebagai Sultan Pahang keenam...ini sudah tentu satu perasaan berbelah, ada perasaan sedih ada perasaan syukur tanda kepercayaan ayahanda dan adik-beradik serta sebahagian besar rakyat Pahang.
"Ini juga satu tanggungjawab besar saya kepada rakyat dan saya akan usahakan untuk lakukan yang terbaik untuk rakyat Pahang tidak kira bidang apa sekalipun," titah baginda.
Baginda juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tidak kira kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat untuk membela rakyat yang memerlukan bantuan.
Semalam baginda diumumkan sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering.
Cadangan untuk melantik Sultan Abdullah, 60, dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur Jumaat lalu setelah perbincangan diadakan dalam kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 13 2019
![Pemilihan Agong: 'Terserah kepada Majlis Raja-Raja' - Sultan Pahang Pemilihan Agong: 'Terserah kepada Majlis Raja-Raja' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547292993_TENGKUABDULLAH.jpg)
Sultan Abdullah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja untuk mengumumkan calon terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. -Gambar fail
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
![Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729588253_SultanIbrahimSulta.jpg)
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
![Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tonjol keistimewaan Raja Berperlembagaan di Malaysia Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tonjol keistimewaan Raja Berperlembagaan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721451894_Agong.jpg)
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tonjol keistimewaan Raja Berperlembagaan di Malaysia
Istiadat penuh tradisi berkenaan juga melambangkan kedaulatan dan legitimasi keberadaan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan di negara ini.
![Rang Undang-Undang Mufti dirujuk ke Majlis Raja-Raja minggu depan - PM Rang Undang-Undang Mufti dirujuk ke Majlis Raja-Raja minggu depan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
Rang Undang-Undang Mufti dirujuk ke Majlis Raja-Raja minggu depan - PM
Perdana Menteri berkata perincian berkaitan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu depan.
![PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708743925_Takiyuddin.jpg)
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
![Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706668216_TBTUNKUMAHKOTAIS.jpg)
Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Sultan dan Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas).
![#AgongKita: Al-Sultan Abdullah perjelas lantikan PM, musyawarah bersama MRR #AgongKita: Al-Sultan Abdullah perjelas lantikan PM, musyawarah bersama MRR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669716406_TBsultanjohor.jpg)
#AgongKita: Al-Sultan Abdullah perjelas lantikan PM, musyawarah bersama MRR
Ia sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Perdana Menteri dibuat berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja (MRR), dan bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
![Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642683238_ShamrahayuAbAziz.jpg)
Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu
Suruhanjaya Reid enggan memasukkan kuasa besar kepada Majlis Raja-Raja dalam membincangkan polisi atau dasar negara.
![Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700543548_AnwarIbrahim.jpg)
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Laungan Daulat Tuanku sambut kepulangan Sultan Ibrahim di Johor Laungan Daulat Tuanku sambut kepulangan Sultan Ibrahim di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698557948_TBSultanJohor.jpg)
Laungan "Daulat Tuanku" sambut kepulangan Sultan Ibrahim di Johor
Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sebaik kereta yang membawa Sultan Johor keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini.