Sebarang penajaan percutian ke luar negara, pakej umrah, atau bermain golf antara yang dilarang sepanjang tempoh berkempen untuk pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di semua peringkat.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu sidang media hari ini berkata, jika pihaknya menerima laporan mengenai salah laku tersebut, calon yang terlibat boleh disingkirkan dari pemilihan.
“Masa pemilihan tidak boleh bayar untuk pergi Umrah, tidak boleh bayar untuk holiday (percutian), tidak boleh bayar untuk melancong, atau pergi tempat dekat di Bangkok ke Manila ke tidak boleh. Medan ke yang popular lah. Main golf pun tidak boleh. Kalau main golf, main golf ni can be quite lucrative you know (aktiviti mewah)?
“Tidak boleh ada sebarang pemberian hadiah,” katanya pada sidang media sempena pemilihan Bersatu, di ibu pejabat parti, hari ini.
Bekas Menteri Dalam Negeri itu berkata, jawatan kuasa yang beliau sendiri ketuai itu, bertanggungjawab memastikan perjalanan pemilihan yang pertama kali diadakan ini berjalan lancar, dan bebas dari sebarang unsur penyalahgunaan kuasa dan jenayah.
Bernama sebelum ini melaporkan, pencalonan bagi pemilihan parti bermula 26 Jan ini, disusuli mesyuarat peringkat cawangan antara 15 Feb dan 29 Mac, manakala mesyuarat di peringkat bahagian pada 18 April.
Jumlah bahagian yang layak bersidang sebanyak 189 manakala jumlah ahli yang layak mengambil bahagian dalam persidangan 363,171 orang.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, jika sepanjang tempoh berkempen itu terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, maka mereka boleh membuat laporan terus kepada pihak JPP, atau kepadanya sendiri, untuk dibuat siasatan lanjut.
Bagaimanapun Syed Hamid bercakap, sebarang laporan itu harus disertakan dengan fakta dan bukti yang mencukupi bagi memudahkan siasatan.
Dalam pada itu, beliau berkata, ahli yang memenuhi syarat yang ditetapkan, bebas untuk bertanding kesemua jawatan dalam parti, kecuali Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden.
Firdaus Azil
Wed Jan 22 2020

Syed Hamid berkata, jika sepanjang tempoh berkempen itu terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, maka mereka boleh membuat laporan terus kepada pihak JPP, atau kepadanya sendiri, untuk dibuat siasatan lanjut. - Gambar fail/BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilihan semula cabang PKR berita palsu - JPP
Spekulasi bahawa 53 Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan pemilihan semula dalam masa terdekat adalah berita palsu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa.

Dakwaan kelemahan sistem pengundian parti, JPP PKR ambil serius teguran Rafizi
Sistem aplikasi ADIL yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Pemilihan PKR 2022: Ahli keluar mengundi terlalu rendah setakat ini
Jumlah ahli parti yang keluar mengundi secara fizikal pada Pemilihan PKR 2022 yang memasuki hari ketiga masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan pemilihan pada 2018.

Pemilihan PKR 2022: Lebih 8,000 permohonan diterima bagi peringkat cabang
Lebih 8,000 permohonan diterima untuk pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 melibatkan jawatan peringkat cabang di seluruh negara setakat 1 tengah hari.

PKR lancar 'ADIL apps' persediaan pemilihan parti
Ia bagi membolehkan anggota mengemas kini maklumat kendiri dan mula mendaftar untuk mengundi secara dalam talian semasa proses pemilihan parti.

Muhyiddin menang tanpa bertanding Presiden Bersatu
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Presiden Bersatu.

Pemilihan Bersatu: Tidak boleh taja percutian, umrah, atau main golf - Syed Hamid
Jika JPP terima laporan lengkap mengenai salah laku tersebut, calon terlibat boleh disiasat, dan boleh tersingkir jika bersalah.

Biro Politik PKR terima keputusan JPP bagi tiga cabang bermasalah
Biro Politik PKR menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi cabang Julau di Sarawak, dan cabang Pensiangan serta Tawau di Sabah, kata Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil.

Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Saya tak campur urusan pemilihan parti - Anwar
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak boleh mencampuri urusan pemilihan parti sebaliknya menyerahkan hal itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).