Pemilihan MCA, yang ditunggu-tunggu pelbagai pihak, bermula Khamis dengan Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA Kebangsaan ke-49 dan pemilihan barisan kepimpinannnya di ibu pejabat parti itu di sini.
Pemilihan bagi sayap Pemuda menyaksikan 69 calon bertanding merebut 34 jawatan.
Pemilihan jawatan Ketua Pemuda melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Ketua Biro Pendidikan Chong Sin Woon dan ketua Pemuda Bahagian Batu Datuk Goh Gaik Meng.
Bagaimanapun, pemilihan bagi sayap Wanita pada Jumaat boleh dikatakan kurang sengit apabila hanya 43 calon bertanding untuk merebut 31 kerusi.
Naib Ketua Wanita Datuk Heng Saie Kie akan berdepan dengan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Cheng Liang bagi jawatan Ketua Wanita MCA.
Kedua-dua jawatan tertinggi Wanita dan Pemuda MCA kosong selepas Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan.
Dalam penamaan calon pada Isnin, calon tunggal Datuk Lee Pit Chern memenangi jawatan timbalan ketua wanita tanpa bertanding.
Perhatian akan bertumpu pada pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan presiden iaitu antara timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presiden Gan Ping Sieu dan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat.
Bagi jawatan timbalan presiden, Datuk Wee akan bertanding satu lawan satu dengan naib presiden Datuk Donald Lim Siang Chai.
Wee, yang menjadi Anggota Parlimen Ayer Hitam untuk penggal ketiga, menjadi rakan seiring Liow, manakala Lim dikatakan memihak kepada presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang tidak mempertahankan jawatan.
Ini merupakan percubaan kali kedua Ong untuk menduduki jawatan nombor satu parti itu setelah kalah kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 2010. Ia juga merupakan cubaan kali kedua Lim setelah kalah kepada Dr Chua dalam pemilihan pada 2008.
Sembilan calon akan bertanding bagi merebut empat kerusi naib presiden, manakala 58 merebut 25 kerusi jawatankuasa pusat.
Sejumlah 2,385 anggota perwakilan akan mengundi pada pemilihan kali ini.
Bernama
Thu Dec 19 2013

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.

Peranan wanita MCA semakin penting dalam situasi politik semasa
Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu perlu membantu parti itu mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.

MCA tidak bertanding pada PRN, tumpu persediaan hadapi PRU16
MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.

Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA
Chong berkata, Ahmad Zahid harus menjaga kepentingan dan mengutamakan parti komponen dalam BN, bukannya Pakatan Harapan, terutamanya DAP.

Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.

Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.

MCA adakan AGM secara tertutup tahun ini
MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.

PRU15: Ada sebab BN Pahang ketengah muka baharu di Parlimen Raub - Wan Rosdy
Menurut Wan Rosdy, calon PRU15 yang dikemukakan oleh MCA dan bertanding atas tiket BN di Parlimen Raub itu sudah pastinya terdiri daripada calon boleh menang sekali gus mampu memenangi hati pengundi.

Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini
Acara dijadual bermula pada 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.

Komponen BN tetap sokong PN sehingga pilihan raya berikutnya - Presiden MCA
Presiden MCA, Chong Sin Woon berkata situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.